Orang diminta untuk melayari laman sesawang sedia ada di https://spa.perak.gov.my/ untuk mendapatkan maklumat terkini. Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) Perak susulan akaun Facebook agensi itu telah digodam semalam.

SPA Perak dalam satu kenyataan dalam laman web itu turut menjelaskan tindakan sewajarnya telah diambil bagi memastikan gangguan yang berlaku tidak berlarutan dan akaun Facebook agensi itu bukan lagi menjadi medium rasmi.

Baca Juga:

“Pejabat ini memahami keresahan yang dirasai oleh ramai pihak berkenaan gangguan yang dialami oleh Laman FB rasmi Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri Perak.

“Dimaklumkan bahawa Pejabat ini telah mengambil tindakan sewajarnya sejak awal perkara tersebut berlaku dan kini berada di bawah tindakan pihak berwajib,” menurut kenyataan tersebut.

Dalam pada itu, SPA Perak turut merakamkan penghargaan kepada semua pihak termasuk orang awam yang prihatin terhadap masalah yang berlaku.

Semalam, SPA Perak dalam kenyataan memaklumkan laman sosial Facebook milik agensi itu telah digodam pihak tidak bertanggungjawab sekitar 12 tengah hari.

Setakat artikel ini ditulis, didapati masih ada lagi video-video lucah pada akaun Facebook tersebut dan terdapat beberapa lagi video terbaharu dimuat naik sebentar tadi.

Sumber