Akaun TikTok milik pemandu bas sekolah yang ditahan polis kerana memuat naik konten berkaitan kanak kanak telah lesap.
Akaun tersebut memiliki lebih 640 ribu pengikut sertai mendapat lebih 10 juta sukaan untuk kontennya di TikTok.
Lelaki tersebut membuatkan ramai jadi bimbang dengan konten yang dia muat naik kerana melibatkan kanak kanak bawah umur terutama sekali pelajar sekolah rendah perempuan.
Kapsyen dia menyatakan bahawa dia ‘crush’ dengan seorang pelajar perempuan sekolah rendah membuatkan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Nancy Shukri bersuara.
Nancy mahu pemuda itu disiasat kerana konten seperti itu dianggap tidak seharusnya wujud.
Nancy menerusi siaran di X berkata: “Perlakuan seperti ini tidak boleh diterima dan tidak seharusnya dinormalisasikan.
“Saya telah mengarahkan Jabatan Pembangunan Kanak Kanak [JPKK] untuk membuat laporan polis dengan segera dan kami bersedia bekerjasama dengan D11 IPK Johor.”
@utusantvofficial 5 SEPT 24: Gambar kanak-kanak dalam tangkap layar telah dipadam sepenuhnya oleh pihak UtusanTV bagi menjaga aib keluarga. #beritatiktok #trendingnewsmalaysia #fyp #abangbas
Nancy memberikan respon kepada kerisauan seorang pengguna media sosial yang tidak selesa dengan konten lelaki tersebut. Di mana Ikhwan berkata: “Ramai sudah bersuara tentang pemilik akaun TikTok dengan lebih 600 ribu pengikut yang meragukan ini.
“Kapsyen ini adalah tidak kena bagi saya. Kamu tidak boleh memuat hantara melibatkan anak perempuan orang lain yang masih bersekolah rendah dengan kapsyen: ‘Hari ini crush kota buat kerja rumah’.
“Dah la merakam kanak kanak.”
This behaviour is not accepted and shouldn’t be normalised.
I have instructed the officers from Jabatan Pembangunan Kanak-Kanak (JPKK) to file a police report immediately and we are ready to cooperate with D11 IPK Johor. https://t.co/kj22seEv6K
— Nancy Shukri (@NancyShukri) September 5, 2024
Selepas mendapat teguran daripada netizen yang mengingatkan dia bahawa dia kini dalam pemerhatian pihak berkuasa, lelaki itu terus memuat naik satu lagi konten yang seperti menyindir netizen dan mencabar arahan yang dikeluarkan Nancy Shukri.
Dan tidak lama kemudian, Ketua Polis Johor mengesahkan pemuda tersebut sudah pun ditahan untuk siasatan di bawah Seksyen 15(a)(iii) Akta Kesalahan Kesalahan Seksual Terhadap Kanak Kanak
dan
Seksyen 15(2) Akta Kanak Kanak 2001.
Selepas itu akaun TikTok milik pemuda itu sudah hilang dan disahkan telah diharamkan oleh TikTok.
Netizen rata rata gembira dengan pengharaman akaun TikTok tersebut dan berharap ianya akan memberikan lebih kesedaran kepada semua pihak tentang kesalahan melibatkan memanipulasi kanak kanak di Malaysia.