Rakyat Malaysia antara yang sering berdepan masalah tidur tidak mencukupi akibat gaya hidup moden.

Kecerdasan buatan (AI) kini bukan lagi terhad kepada telefon pintar atau peranti rumah pintar. Malah, teknologi ini kini mula digunakan dalam dunia tidur oleh AKEMI menerusi pelancaran AKEMI Sleep Sync AI Mattress.

Tilam pintar terbaharu daripada AKEMI ini dibangunkan untuk memberikan sokongan yang lebih baik mengikut posisi tidur pengguna secara automatik, sekali gus membantu meningkatkan keselesaan sepanjang malam.

Boleh kesan pergerakan dan laras sokongan secara automatik


Apa yang membezakan Sleep Sync AI Mattress dengan tilam biasa ialah penggunaan Smart AI Chip yang mampu mengesan titik tekanan badan, corak pernafasan dan pergerakan ketika tidur.

Maklumat tersebut akan dianalisis secara masa nyata sebelum sistem melaraskan tahap sokongan mengikut perubahan posisi pengguna. Ini bermakna tilam akan sentiasa menyesuaikan diri tanpa perlu sebarang tetapan manual.

Selain itu, teknologi 6-Zone Adaptive Support turut membantu mengagihkan tekanan badan dengan lebih seimbang pada bahagian kepala, bahu, belakang, pinggang, kaki dan tumit.

Menurut AKEMI, sokongan yang lebih tepat ini membantu memastikan tulang belakang berada pada kedudukan yang lebih baik selain mengurangkan tekanan pada otot dan sendi.

Ada fungsi Sleep Score dan fungsi Anti-Snore

Tilam ini turut dilengkapi sistem AI-Driven Sleep Intelligence yang memberikan Sleep Score setiap pagi. Melalui ciri ini, pengguna boleh melihat gambaran keseluruhan kualiti tidur mereka serta memahami corak tidur dengan lebih baik.

Bagi mereka yang sering berdepan masalah dengkuran, tilam ini turut menawarkan fungsi Anti-Snore yang menggunakan AI untuk mengesan dengkuran sebelum melaraskan kedudukan tilam secara automatik bagi membantu mengurangkan gangguan tidur.

Selain fungsi berkaitan tidur, AKEMI turut menyertakan beberapa ciri tambahan seperti Wireless Charging, Under-Bed Lighting Sensor yang menyala secara automatik pada waktu malam serta Washable Divan Cover yang mudah ditanggalkan untuk tujuan pembersihan.

Dari segi jaminan, AKEMI menawarkan jaminan terhad selama 15 tahun untuk tilam dan jaminan selama setahun bagi rangka katil.

Dengan gabungan AI, reka bentuk ergonomik dan pelbagai ciri pintar, Sleep Sync AI Mattress memperlihatkan bagaimana teknologi boleh membantu rakyat Malaysia untuk dapat tidur yang lebih lena.

Orang ramai yang ingin merasai sendiri keunikan tilam pintar ini boleh mengunjungi lokasi terpilih termasuk di Sunway Pyramid, IOI City Mall, Seapark Petaling Jaya, Ipoh, Sabah, dan Sarawak.