Sering kali kita melalui lebuh raya kemudian terlihat akan satu kewujudan tangga yang panjang direka menghala ke atas bukit yang tinggi.

Rupanya tempat ini adalah untuk tinjauan ini digelar sebagai vista point atau lookout point yang kebiasaannya dibina di kawasan tinggi sebagai hentian rehat buat para pengunjung yang mahu menikmati pemandangan dari sudut yang unik dan imersif.

Bagaimanapun, disebabkan kedudukannya yang kelihatan terlalu tinggi membuatkan orang ramai hanya melihat sepintas lalu sahaja dan sekadar menjadi teka-teki di dalam fikiran selama ini.

Tidak mahu diselubungi misteri lagi, seorang pengguna TikTok yang dikenali sebagai Encik Kucing tekad menghentikan kenderaannya di berdekatan kawasan Tempat Meninjau Pedas Linggi dan langsung memulakan eksplorasi solo ke atas puncak.

Akhirnya Terjawab, Lelaki Ini Bongkar Apa Menanti Di Puncak Pedas Linggi Lookout Point
Sumber Gambar: TikTok Encik Kucing

Setelah mengharungi sejumlah anak tangga sehingga ke puncak bukit itu sambil merakam keadaan sekeliling, dia akhirnya tiba ke tempat meninjau yang selama menjadi misteri bukan sahaja buat dirinya tetapi orang ramai juga.

look
Sumber Gambar: TikTok Encik Kucing

Rupa-rupanya, di puncak berkenaan, terdapat sebuah pondok rehat berbumbung yang lengkap dengan kerusi yang mana dijangkakan cukup untuk keluarga yang besar untuk beristirehat dengan selesa.

Sementara itu, anda bakal dihidangkan dengan permandangan pokok dan lapang menghijau yang serba indah dari puncak yang cukup mengagumkan.

Akhirnya Terjawab, Lelaki Ini Bongkar Apa Menanti Di Puncak Pedas Linggi Lookout Point
Sumber Gambar: TikTok Encik Kucing

Di sini, anda bolehlah melepaskan penat lelah selepas memandu berjam-jam lamanya sambil menikmati permandangan jalan raya yang dikelilingi bukit bukau dari sudut berbeza yang tidak pernah dialami selama ini.

Tiada siapa menyangka bahawa jalan raya yang sering digunakan untuk menghubungkan tiga negeri — Selangor, Negeri Sembilan dan Melaka — menyimpan pemandangan yang begitu memukau.

@memengpusak

selalu curious kat atas ni ada apa. so harini aku pun stop and panjat nak tengok. hahahhaa. i lets my intrusive thoughts win today!. #lebuhrayaplus #fyp

♬ A calm and warm healing song inspired by the farm – Akito orchestra

Video lelaki itu berjaya meraih lebih 600,000 jumlah tontonan, 38.8K tanda suka dan dihujani komentar dari orang ramai yang turut teruja melihat keadaan sebenar yang mana jarang sekali dikongsikan oleh sesiapa.

“Ko dh berjasa pada sume rakyat Malaysia bang,” komen seorang netizen.

“ohh mcm tu atas dia.terima kasih bawak naik sampai atas..dari kecik sampai bsar lalu highway ni asik trfkir mcm mne agknya ats tu..now dah 2025 finally dpt jawapan,” kata seorang lagi.

“Pertama kali tgk post happy2 ginim selalu tpt cmni mesti mood seram sbb sunyi,” seloroh seorang netizen lain.

Menariknya, ada individu yang sudah biasa melawat ke tempat ini mendedahkan sebenarnya wujud tempat tinjau di beberapa kawasan lain bahkan terdapat air terjun yang boleh diakses orang ramai.