Jawatankuasa Perlesenan Kelab Liga Thailand, telah sebulat suara mengambil keputusan menyingkirkan 2 buah kelab Thai League 2, Nakhon Pathom United dan Samut Songkhram, ke Thai League 4 selepas kedua-dua buah kelab itu gagal mendapatkan kelulusan perlesenan kelab musim 2018.

Kegagalan untuk mendapatkan lesen itu berpunca dari pihak pengurusan kelab tersebut yang tidak menyerahkan dokumen lengkap yang dikehendaki dalam masa yang telah ditetapkan ketika dalam proses rayuan.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Nakhon Pathom United dan Samut Songkhram gagal menyediakan dokumen tersebut sehingga tarikh akhir serahan yang telah ditetapkan pada 15 September 2017.

sys-6131305937e7c4823808975e28af97eb

Untuk makluman juga, Nakhon Pathom United dan Samut Songkhram pernah mengadakan perlawanan persahabatan pra musim bersama Selangor pada Januari dan Febuari 2016.

Euro Cake League / Thai League 4

Thai League 4 yang juga dikenali sebagai Euro Cake League, terbahagi kepada 6 kumpulan mengikut kawasan seperti dibawah:

  1. Zon Merah : 2018 Thai League 4 Bangkok Metropolitan Region
  2. Zon Kuning : 2018 Thai League 4 Eastern Region
  3. Zon Pink: 2018 Thai League 4 Western Region
  4. Zon Hijau: 2018 Thai League 4 Northern Region
  5. Zon Oren: 2018 Thai League 4 Northeastern Region
  6. Zon Biru: 2018 Thai League 4 Southern Region

Secara keseluruhannya, Thai League 4 mempunyai 61 pasukan bertanding untuk merebut 5 tempat ke Thai League 3. Juara dan naib juara setiap kawasan akan berentap dalam Thai League 4 Championship bagi menentukan 5 pasukan yang akan beraksi dalam saingan Thai League 3.

Kedua-dua pasukan dibenarkan untuk menamatkan semua perlawanan dalam Thai League 2 sebelum semua hukuman bermula.

Sumber