Pemimpin Korea Utara, Kim Jong Un telah menjatuhkan hukuman mati kepada enam orang, termasuk empat pegawainya selepas mereka terlibat dalam aktiviti pelacuran melibatkan kolej kegemaran Kim Jong Un.

Sumber itu menyebut enam lelaki itu mati di tangan pasukan penembak di Pyongyang pada 20 Julai lalu setelah terlibat dengan aktiviti seks dengan pelajar universiti seni.

Mereka dikatakan melakukan aktiviti pelacuran di kolam air panas yang sering dihadiri oleh golongan elit Korea Utara dan juga pusat karoeke peribadi di Munsuwon, yang terletak di Tangdaewon District.

Menurut sumber yang dikeluarkan oleh Radio Free Asia, perintah hukuman tembak sampai mati itu dipercayai diarahkan oleh Kim Jon Un sendiri, “Saya berada di tempat kejadian, dan menyaksikan empat pegawai Pyongyang dan dua lagi dihukum mati,” jelasnya.

Sumber tersebut menyatakan bahawa gadis yang berusia 20-an itu adalah pelajar dari Universiti Pyongyang yang ditawarkan pekerjaan sampingan dengan gaji AS $ 500 (RM2,000) sebulan.

Aktiviti pelacuran ini dilaporkan oleh pelajar itu sendiri kepada pihak polis apabila mereka dihulurkan sejumlah wang tanpa diberitahu jenis pekerjaan yang mereka perlu lakukan.

Pihak berkuasa telah bertindak dengan menyiasat dan menangkap mereka yang terlibat dan melaporkan kepada pemimpin tertinggi kerana kes ini melibatkan empat pegawai Pyongyang.

“Kim Jong Un marah kerana universiti tersebut adalah universiti kesayangannya dan telah menjadi tempat untuk aktiviti haram,” kata sumber itu.

Terdahulu, Kim Jong Un dilaporkan menghilang dan dilaporkan bahawa adiknya bakal menggantikan tempatnya. Klik pautan di bawah untuk membaca.

Calon Pemimpin Korea Utara, Kim Yo Jong Dinilai ‘Lebih Kejam’ Daripada Kim Jong-un

Kim Jong-un Dilaporkan Bersembunyi Kerana Takut Dijangkiti Wabak COVID-19

Pakar Semenanjung Korea Percaya Kim Jong Un Telah Meninggal Dunia

Sumber