Pengendali BG Pathum, Surachai Jaturapattarapong mengakui tertarik dengan persembahan Arif Aiman ketika perlawanan Kumpulan I saingan Liga Juara-Juara Asia (ACL) di Stadium Sultan Ibrahim, semalam.

Sebelum perlawanan bermula, Surachai sudah jangka Arif akan menjadi mimpi ngeri kepada pasukannya apabila meledak gol menarik menerusi larian solo yang memukau di minit akhir perlawanan.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Baca Juga:

Pemilik JDT, Tunku Ismail Sultan Ibrahim (TMJ) turut terpukau dengan aksi Arif Aiman yang disifatkan sebagai luar biasa di pentas Asia.

Surachai juga mengakui Arif Aiman adalah individu yang cukup berharga dalam pasukan Harimau Selatan itu dan mampu memberi ancaman berbahaya kepada pasukan lawan.

“Pemain berjersi 42 (Arif Aiman) ibarat ‘harta’ yang cukup berharga buat pasukan ini dan tanpa pemain tersebut, mungkin prestasi JDT akan berkurang 30 hingga 40 peratus,” jelas Surachai.

Malah, beliau juga berpendapat Arif ada potensi untuk beraksi di Liga Jepun dan Korea Selatan berdasarkan kualiti yang dimiliki oleh pemain yang berusia 21 tahun itu.

“Beliau memang ada kualiti yang cukup baik untuk beraksi di Jepun atau pun Korea Selatan. Tetapi adakah pemilik JDT sedia melepaskan pemain itu?,” katanya dalam sidang media selepas tamat perlawanan.

JDT menewaskan BG Pathum United 4-1 sekaligus menamatkan kempen ACL di tangga ketiga dengan 9 mata.

Walaupun tidak berjaya layak ke pusingan 16 tetapi Harimau Selatan telah membuktikan bahawa pasukan itu akan menjadi pencabar yang lebih kuat pada masa hadapan.