Aksi bahaya sebuah Myvi berwarna biru telah dirakam dan difahamkan, kejadian tersebut berlaku petang tadi.

Pemanduan pemandu Myvi berkenaan mengundang rasa marah netizen. Punca sebenar kejadian masih belum dikenal pasti tetapi difahamkan pemandu Myvi berkenaan sedang melarikan diri daripada orang ramai kerana tertangkap menyamun seorang individu OKU.

HYPE
Dari Konten Ke Jualan, TikTok Shop ‘Game Changer’ E-Dagang
Baca lagi →

https://twitter.com/AfnanSyahir/status/1205439631501578240

Dapat dilihat dalam video ini, kereta tersebut melanggar beberapa kereta lain kerana mahu lari daripada penunggang motosikal yang sudah mengejar suspek dari awal.

Menurut seorang pengguna Twitter, suspek merupakan seorang lelaki Melayu dan ketika ditangkap, suspek meninggalkan kad pengenalan serta kad anggota JPJ (kemungkinan besar palsu) dalam kereta biru Myvi tersebut.

Setakat ini, tiada kecederaan dilaporkan daripada insiden ini. Sebelum ini, tular skil pemanduan seorang pemandu Myvi mengelak daripada membuat bayaran tol. Baca tentangnya lagi di pada artikel di bawah.

Netizen Terpegun Dengan Skil Pemandu Myvi Ini Untuk Elak Bayar Tol

Tanah Mendap Punca Myvi Kuning Terperosok Dalam Lubang

Lelaki Berusia 21 Tahun Ini Berjaya Mengubah Suai Kereta Myvi Dengan Konsep ‘Tesla’