Kamal Adli mengalami cedera parah didakwa akibat diserang oleh individu tidak dikenali, di Singapura, malam tadi dan difahamkan, pelaku tersebut telah ditahan pihak polis Singapura.
Susulan itu, Uqasha Senrose yang merupakan isteri Kamal Adli mendedahkan tangkapan layar kiriman mesej ugutan ditujukan kepada Kamal didakwa dihantar oleh lelaki yang telah menyerang suaminya sehingga cedera parah di Instastory miliknya.
Baca Juga:
- Orang Muda Lebih Suka Beli Kereta Berbanding Rumah Untuk Bergaya
- Elakkan Diri jadi Mangsa Scam, Ini 12 Pelaburan Emas ‘Trusted’ Yang Patuh Syariah
- ‘Ibu Lebih Percayakan Scammer’ – Anak Luah Rasa Kesal Duit Lebih RM60,000 Milik Ibunya Lesap
Menerusi tangkap layar tersebut, Kamal digelar sebagai anjing dan diancam dengan ugutan bunuh. Bukan itu sahaja, penghantar mesej juga mahu menyeksa Kamal.
Menurut Uqasha, lelaki yang didakwa mencederakan Kamal adalah warganegara Singapura dan dia turut mendakwa suspek yang menggunakan cota besi sebagai senjata itu berada dalam keadaan waras. Walau bagaimanapun, dia tidak menganggap semua rakyat Singapura itu jahat.