Sebelum ini, muncul dakwaan bahawa Uqasha Senrose kaki buli ketika zaman sekolah dan sejak semalam kecoh di media sosial apabila rakan kepada mangsa buli tersebut telah menemui ajal pada 31 Oktober lalu.

Menerusi laman X, individu terbabit seakan menuding jari menyalahkan Uqasha atas kematian rakannya itu dan mendakwa Uqasha telah membuat rakannya menderita sehingga ke akhir hayat.

Baca Juga:

https://twitter.com/wnhsevond/status/1719944250283196582

https://twitter.com/wnhsevond/status/1719954519386427891

“Aku harap Uqasha gembiralah buat kawan aku macam tu. Kali ini tuntut di Padang Mahsyar is real.” tulisnya di laman X.

Ciapan tersebut telah meraih perhatian Uqasha dimana dia berbalas ciapan bersama individu terbabit dan dia ada meminta untuk berjumpa empat mata dengan individu tersebut.

Bercakap kepada media, Uqasha mengatakan bahawa dia tiada masalah untuk berjumpa keluarga Allahyarham bagi menyelesaikan isu tersebut dan berharap agar perkara tersebut tidak dipanjangkan kerana individu itu juga sudah tiada di dunia ini.

Sebelum ini, Uqasha memaklumkan bahawa dia sudah menggunakan saluran perundangan bagi membuktikan dia tidak bersalah namun Allahyarham tidak hadir ke mahkamah untuk membela diri.