Baru baru ini Uqasha Senrose tiba di mahkamah untuk prosiding permohonan cerai daripada Kamal Adli bersama dengan seorang lelaki yang merupakan coach cerai.

Coach cerai tersebut menemani Uqasha Senrose di mahkamah syariah.

Perkara tersebut benar benar mengejutkan ramai warganet yang tidak percaya bahawa cerai pun dah ada coach atau jurulatih.

@mbuzzterhangat

Akhirnya Uqasha tiba di perkarangan Mahkamah Syariah sambil ditemani Coach Cerai. #meloditv3

♬ original sound – Mbuzz Terhangat – Mbuzz Terhangat

Di ruangan komen, netizen menulis: “Aku baru tahu yang cerai pun ada coach.”

Yang lain pula menulis: “Cerai pun ada coach, dah macam satu industri pula, ‘industri perceraian’.”

Selain itu, ada yang bertanya jujur: “Apa fungsi coach cerai? Tak pernah pula tengok orang pergi mahkamah syariah bawa coach cerai.”

Yang lain memberikan balasan komen: “Taktikal itu penting, percaya kepada proses,” kata mereka dalam nada sindiran.

Netizen Terkejut Uqasha Senrose Bawa Coach Cerai Ke Mahkamah Syariah
Foto: Titktok

Seterusnya, Meister Mam mempersoalkan sama ada dalam agama Islam wujud ke entiti seperti coach cerai ini?

Netizen Terkejut Uqasha Senrose Bawa Coach Cerai Ke Mahkamah Syariah
Foto: Tiktok

Ada juga yang menegaskan bahawa mereka tidak faham bagaimana  boleh wujud jawatan coach  cerai?

“Kalau kaunselor cerai atau peguam perceraian itu saya faham,” kata seorang lagi pengguna TikTok.

@abang.panglima

Ada pulak jawatan coach cerai eh?.Baru tau…

♬ original sound – Abg Panglima® – Abg Panglima®

Uqasha Senrose memfailkan permohonan cerai daripada suaminya Kamal Adli. Namun Kamal Adli secara terbuka menyatakann bahawa dia akan cuba sedaya upaya mempertahankan rumah tangganya atas dasar terlalu sayangkan isteri dan anaknya.

Kamal Adli
Foto: Xtra MY

Kamal Adli juga meminta jasa baik netizen untuk memberikan komen yang baik baik tentang Uqasha Senrose dan menyampaikan salam sayangnya kepada isterinya.