Uqasha Senrose tampil dengan satu lagi pendedahan menggemparkan tentang Kamal Adli.
Kali ini, isteri Kamal Adli itu mendakwa dia sudah 4 tahun menjadi mangsa penderaan fizikal. Ini termasuk ketika dia sedang mengandung.
Uqasha bagaimanapun memilih untuk berdiam diri selama ini. Dia turut menegaskan ada beberapa bukti video dan gambar kecederaan, lebam dan luka yang dialaminya kerana perbuatan Kamal Adli.
Dipetik daripada mStar, Uqasha berkata: “Selama ini saya diamkan diri. Saya tak nak cakap benda betul. Saya cuba nak beritahu yang saya nak berpisah dengan cara baik, kerana tak mahu dedahkan perkara sebenar.
“Saya nak jaga air muka dia. Tetapi dia telah pukul saya. Dia dera saya. Naik tangan, naik kaki, maki dan tengking saya. Daripada awal perkahwinan sampailah 4 tahun ini.”
Uqasha Senrose akui dia mengalami penderaan fizikal dan mental selama 4 tahun bersama Kamal Adli.
“Saya didera secara mental dan emosi selama 4 tahun saya berkahwin dengan dia. Malah ketika mengandung pun dia boleh pukul saya lagi,” tambah Uqasha.
@utusanmelayuplusofficial Dakwaan Uqasha Senrose diri dan anaknya didera ketika ditemui media di Pekarangan Mahkamah Syariah Persekutuan Kuala Lumpur sebentar tadi selepas prosiding kes cerainya. 📹 Amirul Fahmi | UM+ #trendingnewsmalaysia #fyp #kamaladli #uqashasenrose #cerai
♬ original sound – Utusan Melayu Plus – Utusan Melayu Plus
Uqasha memberitahu portal tersebut bahawa dia ada segala bukti video dan gambar dalam simpanannya.
“Saya ada bukti gambar, video. Semuanya saya ada. Cuma saya tak mahu perkara ini diperbesarkan. Saya tak nak beritahu semua orang.”
Peguam Uqasha Senrose turut mengesahkan bahawa anak guamannya itu sudah membuat 4 laporan polis berkenaan keganasa rumah tangga melibatkan Kamal Adli. Satu daripada laporan itu adalah difailkan oleh ibu bapa Uqasha Senrose.
@mbuzzterhangat
Buat masa ini mereka masih dalam proses seterusnya untuk tindakan sewajarnya menerusi proses oleh polis dan mahkamah sivil.