Kecoh baru-baru ini apabila Dato’ Hattan dirakam secara live ‘sekolahkan’ seorang pembaca berita hanya kerana bertanyakan mengenai pemergian Mael XPDC.

Tindakan yang dilakukan Dato’ Hattan secara tidak langsung telah mengundang pelbagai respon dan buah mulut di kalangan netizen yang tidak bersetuju dengan tindakan Dato’ Hattan.

Sementara itu, tular sebuah perkongsian daripada Twitter @nadiazaman__ yang berkongsi pengalaman beliau menemu bual, Timbalan Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Zahid Hamidi di sebuah acara keramaian.

Menerusi sedutan yang dikongsikan, beliau yang mengakui gementar menemu bual figura politik ini memaklukan Datuk Seri Zahid Hamidi berjaya menyelamatkan air muka beliau sebaik sahaja beliau hampir tersilap menyebut kawasan parlimen Datuk Seri Zahid Hamidi.

Difahamkan beliau hampir menyebut Bagan Lalang sebelum pantas dibetulkan Datuk Seri Zahid Hamidi dengan memamklumkan Bagan Datuk sebagai kawasan parlimen yang dipimpin beliau.

Perkongsian yang dibuat telah meraih perhatian para netizen yang memaklumkan mereka juga akan melalui perkara sama jika berdepan dengan situasi sedemikian.

Selain itu, terdapat juga netizen yang mengakui social anxiety mampu berlaku yang membuatkan seseorang individu seolah terlupa atau tersilap dalam menyebut sesuatu perkara dengan betul.

Sementara itu, wanita ini turut menitipkan pesan buat Dato’ Hattan untuk belajar daripada individu yang lebih profesional sewaktu ditemu bual.