Sejak semalam, tular video yang memaparkan pendakwah bebas, Ustaz Datuk Mohd Kazim Elias memaklumkan bahawa dia telah menerima arahan iaitu tidak dibenarkan untuk meneruskan kuliah di Pulau Pinang.
Pemakluman tersebut diberitahunya dipercayai ketika dia berada di Masjid Al-Ittifaq Sungai Nibong Kecil pada Sabtu.
Baca Juga:
- Didakwa Tidak Sensitif Isu Palestin, Da’i Syed Tampil Mohon Maaf Dan Jelaskan Perkara Sebenar
- Penganjur Dan Penceramah Agama Tanpa Tauliah Di Johor Boleh Dipenjara Dan Didenda Sehingga RM5,000
- Tiada Tauliah Mengajar Agama Di Selangor, Punca Kuliah Ustaz Azhar Idrus Dibatalkan
@moga_memberi_manfaat Allahumma Sholli Ala Sayyidina Muhammad #ustazkazimelias #jaip #usrah #mogamemberimanfaat
“Kuliah ditangguhkan sebab saya tidak dibenarkan menyampaikan kuliah, jadi saya ambil keputusan tidak lagi mengajar di Pulau Pinang bermula hari ini (Sabtu).
“Ini adalah pertemuan terakhir dengan tuan-tuan jadi saya datang ke sini bukan untuk beri kuliah, tetapi nak sampaikan ucapan terima kasih kepada pihak masjid kerana sudi menjemput saya menyampaikan kuliah.
“Begitu juga kepada semua (pengurusan) masjid dan surau yang jemput saya selama 33 tahun menyampaikan ceramah di Pulau Pinang sehinggalah pada bulan empat (April) lalu.” ujar Ustaz Kazim.
Menurut laporan, Pengerusi Al-Ittifaq Sungai Nibong Kecil iaitu Jaafar Talib telah mengesahkan perkara tersebut dan memaklumkan bahawa Ustaz Kazim telah menerima arahan itu terlebih dahulu.
Susulan itu, pihak masjid dan juga Ustaz Kazim memilih untuk tetap patuh terhadap keputusan itu.