Sudah masuk ke negara orang, pelancong mestilah mematuhi peraturan yang ditetapkan seperti mengisi minyak RON97 seperti yang diwartakan kerajaan Malaysia.
Sebuah video yang dimuat naik oleh seorang rider berkuasa tinggi dari Indonesia yang sedang mengelilingi dunia kini berada di Malaysia dan ingin mengisi minyak pada jenteranya.
Di dalam video itu, dia meminta kepada staf penjaga pam untuk membenarkan isian minyak jenis RON95 yang pastinya lebih murah.
“95 boleh? Ala sepuluh ringgit je,” keluhnya.
Tetapi staf itu langsung menolak permintaan itu walaupun jumlah yang dipinta RM10 sahaja dan mengarahkan lelaki itu untuk membayar di kaunter pembayaran.
Dengar reaksinya, dia seperti terkejut selepas mengetahui tidak berhak mendapatkan minyak RON95 dan terpaksa mengisi dengan jenis minyak yang lebih mahal iaitu RON97 dan menerima kuantiti sedikit.
Difahamkan pasangan itu sudah ke serata dunia dan video sebelum ini sudah tiba ke Thailand dan mereka boleh mengisi dengan minyak RON95.
Jadi, rasanya dia mengalami kejutan budaya selepas mengetahui di Malaysia mempunyai sedikit perbezaan dalam hal tersebut.
@mahong.dentist_adventure Suami istri motoran dari Indonesia untuk keliling dunia. Mencoba isi minyak subsidi di spbu shell #motoran #motortouring #suzukivstrom250sx #motorcycle
♬ suara asli – Mahong.Dentist_mototravels – Mahong.Dentist_mototravels
Menjengah ke ruangan komentar, ramai yang menegur lelaki itu supaya mempelajari dahulu serba sedikit peraturan di sesebuah negara yang mana seperti di sini sudah mewartakan minyak RON95 sebagai bersubsidi maka hanya tersedia buat kenderaan berdaftar Malaysia sahaja.
“Subsidi hanya untuk rakyat Malaysia.. Warga Asing tidak boleh ambil subsidi rakyat Malaysia..,” pesan seorang netizen tempatan.
“Datang negara org kena ikut undang2 negara orang la bro,” tegur seorang lagi.
“Di Malaysia isi sendiri bang, moto kecil besar sama saja. Jangan lagak sangat,” komen seorang netizen.
Selain itu, netizen turut menegur lelaki itu untuk mengisi minyak sendiri dan bukan dengan meminta pekerja untuk tolong kerana bukan praktis di sini.