Sebelum ini tular satu rakaman video seorang wanita menggunakan semua nozel yang ada semasa dia mengisi tangki minyak keretanya.
Perkara tersebut telah mengundang pelbagai persoalan netizen, termasuklah kebolehan minyak RON95 bercampur dengan RON97. Persoalan tersebut telah dijawab oleh Pak Cik Shell melalui satu klip video pendek di Instagram beliau.
Baca Juga:
- Pak Cik Shell Kembali Bongkar Mitos Isi Tangki Di Posisi Berlawanan Dapat Minyak Ekstra
- Pak Cik Shell Jadi ‘MythBuster’ Bongkar Teori Pam Perlahan Dapat Minyak Ekstra
- Pagi Atau Malam? Pak Cik Shell Bongkar Mitos Waktu Terbaik Untuk Isi Minyak
Menurut beliau tiada masalah pun untuk mencampurkan kedua-dua minyak tersebut, asalkan tidak bercampur dengan diesel.
“Kalau saya, saya buat cara lain. Saya guna dua hingga empat kali, saya guna sampai habis dulu. Lepas itu saya guna minyak hijau.
“Ini kerana selain mempunyai RON tinggi dalam minyak hijau, minyak itu mempunyai agen pembersihan. Bila guna sepenuhnya barulah kesan pembersihan itu berkesan,” terang Pak Cik Shell.
Menurut beliau RON97 bahan tambahan dalam SHell V-Power tiga kali lebih berkesan sebagai agen pembersihan enjin dan injector kereta.
Dalam pada itu orang ramai memuji Pak Cik Shell tampil memberikan penjelasan dalam bahasa ibunda yang mudah difahami orang ramai.
Pada masa sama Pak Cik Shell menggunakan video wanita yang tular itu sebagai topik untuk pembelajaran buat orang ramai, berbanding pihak lain menjadikan video tersebut sebagai satu bahan lawak sahaja.