Pada akhir bulan Julai lalu, rakaman sebuah Perodua Myvi dihimpit lori tangki minyak telah mendapat perhatian netizen. Ramai menyatakan tindakan terburu-buru hatchback pilihan rakyat Malaysia itu bergerak di kawasan blindspot lori tersebut sehingga bergesel.

Bagi memberikan kesedaran kepada orang awam, Pak Cik Shell telah memuat naik satu video bagaimana ‘pemandangan blindspot‘ seorang pemandu lori tangki minyak semasa berada di jalan raya.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Dalam video itu, semasa Pak Cik Shell berada di tempat duduk pemandu, langsung tidak kelihatan sebarang kenderaan di luar daripada lori tangki minyak tersebut. Namun, apabila beliau keluar sahaja daripada lori, kelihatan ada beberapa buah kereta, motosikal, basikal dan pejalan kaki berada berhampiran lori tangki minyak tersebut.

“Mungkin tiada siapa yang salah. Jom kita berkongsi pengetahuan dengan orang yang kita peduli. Elak memotong sebelah kiri atau berada di titik buta,” petik kapsyen hantaran Instagram @Pak Cik Shell.

Walaupun menerima banyak reaksi positif daripada pengguna Instagram lain, namun ada beberapa pengguna mendakwa Pak Cik Shell ‘menipu’ dengan membuat suntingan video (cut video).

Menurut segelintir netizen, Pak Cik Shell boleh sahaja nampak kereta Perodua Bezza dan sekumpulan orang yang berada di bahagian kanannya. Namun, Pak Cik Shell dituduh telah memotong bahagian itu supaya ‘menampakkan’ blindspot itu terjadi.

Jadi, untuk memberikan penjelasan kepada dakwaan terbabit, Pak Cik Shell memuat naik satu lagi video penuh bagi menjawab dakwaan segelintir netizen terbabit.

“Saya jarang triggered. Tapi ini untuk kebaikan awam. Video memang ‘diedit’ utk fit 30 saat. Saya harap lukisan ini perjelaskan bahaya blindspot adalah benar. Tengok sepenuhnya dua-dua post insta saya. Elak hampiri lori besar. Tag orang yang anda peduli untuk peringatan,” kata Pak Cik Shell.

Sumber Gambar: Instagram @pakcikshell
Sumber Gambar: Instagram @pakcikshell

Perkongsian video kedua itu mendapat sokongan netizen lain, mereka mendakwa ramai kelompok yang sering memperlekehkan ‘ilmu’ yang dikongsikan oleh pihak yang lebih berpengalaman dalam satu-satu perkara.

Wanita berbaju merah yang turut serta dalam pembuatan ‘video kesedaran’ itu turut mengesahkan tiada adegan yang dipotong sepanjang pembuatan video berkenaan.

Tag dan kongsikan artikel ini kepada orang-orang yang anda peduli, supaya mereka tahu bagaimana untuk elak berada di posisi blindspot sesebuah kenderaan bersaiz besar.

* Ikuti VOCKET CAR CLUB melalui Facebook dan Instagram untuk ketahui perkembangan dan isu semasa automotif dari dalam dan luar negara.

Terdahulu, sebuah Myvi bergesel dengan lori tangki minyak apabila menyelit pada bahagian blindspot lori terbabit. Baca lebih lanjut pada pautan di bawah.

Gara-Gara Menyelit Pada ‘Blind Spot’, Tindakan Myvi Ini Jadi Punca Dihimpit Lori Tangki

Pagi Atau Malam? Pak Cik Shell Bongkar Mitos Waktu Terbaik Untuk Isi Minyak

Pak Cik Shell Jadi ‘MythBuster’ Bongkar Teori Pam Perlahan Dapat Minyak Ekstra