Pada awal minggu ini satu Malaysia digemparkan dengan isu sekumpulan geng Honda healing dan memasak mi segera di kawasan stesen minyak.

Hal itu menyebabkan ramai tidak berpuas hati kerana boleh mendatangkan bahaya memandangkan kawasan itu mudah terbakar.

HYPE
Wayout Solution Cipta Sejarah Rangkul Anugerah Company Of The Year
Baca lagi →

Baca Juga:

Terbaharu, Pak Cik Shell tampil menjelaskan kenapa orang ramai dilarang memasak berhampiran kawasan berkenaan.

“Ada yang kata ‘jauh dari pam tak apa’. Jangan, kerana wap minyak boleh merebak sejauh 10 meter dari punca seperti pam, tempat turun minyak danvent pipe,” jelas Pak Cik Shell.

Menerusi video pendek yang dikongsikan, jelas kelihatan jarak 10 meter sangatlah dekat. Walaupun wap minyak tidak kelihatan, namun ia boleh bergerak untuk ‘menghidupkan’ api dalam sekelip mata.

Dalam pada itu, Ketua Polis Daerah Bentong berkata pihaknya sedang mencari individu-individu yang terlibat dalam video tular memasak mi segera di stesen minyak.

Tambahnya lagi, kertas siasatan juga sudah dibuka mengikut Seksyen 268 Kanun Keseksaan (menyebabkan kegusaran awam) dan Seksyen 336 Kanun Keseksaan (perbuatan yang membahayakan nyawa atau keselamatan diri).

Jangan lupa kongsikan artikel ini kepada kenalan yang lain supaya mereka cakna untuk tidak membuat perkara yang boleh mengundang kebakaran di stesen minyak.

Pak Cik Shell juga ada banyak berkongsi mengenai perihal minyak dan stesen minyak di Malaysia. Anda boleh baca kesemuanya di sini.