Apabila menggunakan lebuh raya, stesen minyak merupakan salah satu lokasi yang amat penting buat semua pengguna jalan raya kerana di situ umpama ‘tempat rehat dan rawat’ yang lengkap dengan keperluan diperlukan orang ramai.

Namun, bagi pengguna SmartTag dan RFID tol lebuh raya PLUS di Jalan Duta ia agak sedikit ‘menyukarkan’ apabila kenderaan perlu cuba menukar lorong ke kiri untuk menuju ke stesen minyak dan pada masa yang sama memastikan tidak menghalang lalu lintas pengguna tol yang lain.

Pada lewat hari semalam, tular rakaman video seorang penunggang motosikal berkuasa tinggi melanggar sebuah kereta yang sedang tinggal beberapa meter lagi selamat sampai ke stesen minyak bersebelahan di tol tersebut.

Kejadian yang berlaku pada pukul 2.41 petang semalam itu telah menyebabkan penunggang serta motosikalnya terpelanting beberapa meter sejurus merempuh kereta yang berada di hadapannya.

Video pendek berdurasi hampir 25 saat itu telah menarik perhatian mencari punca kepada kemalangan terbabit. Ramai yang menyalahkan penunggang motosikal terbabit kerana membawa dengan laju sehingga tidak sedar kehadiran kereta di hadapannya.

Ada segelintir pula berpendapat kejadian tersebut tidak akan berlaku sekiranya pemilik dashcam menggunakan laluan tol di sebelah kiri bersebelahan stesen minyak kerana ia lebih dekat dan memudahkan pemandu tersebut.

Sumber Gambar: Facebook Dashcam Owners Malaysia
Sumber Gambar: Facebook Dashcam Owners Malaysia
Sumber Gambar: Instagram @careta_malaysia
Sumber Gambar: Instagram @careta_malaysia
Sumber Gambar: Instagram @careta_malaysia
Sumber Gambar: Instagram @careta_malaysia

Bagaimanapun walaupun penunggang itu terpelanting jauh, dia dipercayai tidak mengalami kecederaan teruk apabila penunggang motosikal itu dilihat cuba bangun setelah pelanggaran tersebut berlaku.

Namun orang ramai bersepakat setiap pengguna plaza tol seluruh Malaysia tidak kira menunggang motosikal atau memandu kenderaan empat tayar untuk sentiasa berhati-hati dan peka di kawasan sekeliling bagi mengelakkan kejadian yang tidak diingini berlaku.

Pemandu yang ingin ke stesen minyak selepas plaza tol disarankan memilih laluan paling kiri bagi memudahkan urusan, manakala penunggang motosikal pula perlu memberi tumpuan pada sekeliling sebelum boleh memecut kehadapan dengan selamat.

Sumber Gambar: Facebook Dashcam Owners Malaysia

Baca lagi artikel-artikel insiden yang pernah dirakam berlaku di sepanjang plaza tol seluruh Malaysia.

‘SmartTAG Tolak Ke Tak?’ – Lamborghini Lalu Bawah Palang Tol Cetus Tanda Tanya Netizen

Orang Ramai Puas Hati Lihat Honda City ‘Kantoi’ Tak Lepas Menyelit Mahu Elak Bayar Tol

Tidak Mahu Mengalah Di Laluan Tol, ‘Abang Lori’ Terhibur Lihat Gelagat Altis Dan Bezza

Sumber