Bayangkan anda sedang memandu dan tiba-tiba ada kereta mengekori anda, apa yang anda akan lakukan? Tidak semua orang mampu bertenang apabila berdepan dengan situasi tersebut.

Terbaharu, seorang pengguna TikTok @nurfaatihahmaisarah telah berkongsi sebuah video memaparkan detik cemas yang dialaminya apabila dia dan rakannya diekori rapat sebuah kereta di Jalan Kuching, Kuala Lumpur. Menerusi video tersebut, dapat dilihat Faatihah dan rakannya panik apabila menyedari keadaan tersebut.

@nurfaatihahmaisarah

YANG LALU JALAN KUCHING PLEADE HATI HATI! KALAU KENA MACAMNI PLEASE JANGAN BERHENTI! ORANG KALAU NAK BUAT JAHAT DIA TAK FIKIR APA! #fyp

♬ original sound – NurFaatihahmaisarah – NurFaatihahmaisarah

Malah, kereta itu bukan sahaja mengekori kereta mereka tetapi juga turut menggunakan lampu tinggi dan menganggu penglihatan mereka. Mereka bernasib baik apabila ada pemandu lori yang baik hati mahu membantu mereka dengan menjauhkan kereta tersebut daripada mereka.

Menurut Faatihah mengatakan mereka yang panik ketika itu tidak terfikir mahu memandu ke balai polis terdekat atau menghubungi polis. Tambahnya, nombor plat kereta tersebut diingatinya dan mungkin akan membuat laporan polis hari ini. Video tersebut turut mendapat perhatian netizen.

Rata-rata netizen yang melihat video tersebut menzahirkan rasa bimbang dan berharap kejadian ini menjadi pengajaran kepada orang ramai agar tidak berhenti jika berdepan dengan perkara sama dan terus ke balai polis terdekat.

Malah, para netizen juga mengatakan bahawa untuk lebih selamat haruslah keluar bersama rakan dan berharap pelaku itu dapat disiasat kerana tindakannya membahayakan pengguna jalanraya. Rata-rata netizen juga bersyukur kerana Faatihah dan rakannya selamat.

Tahukah anda bahawa ada wanita pernah berkongsi dirinya diganggu di stesen minyak? Klik pautan di bawah untuk ketahui lanjut.

‘Nasib Baik Kunci Pintu’- Wanita Ini Kongsi Detik Cemas Selepas Kereta Dihalang Di Stesen Minyak

‘Sudah Dihujung, Malu Tolak Tepi’- Pemuda Nekad Berlari Tumpang Tandas Di SJR Curi Perhatian Netizen