Netizen di X kecewa dengan segelintir pemilik kenderaan di Malaysia yang menggunakan simbol Rising Sun atau Matahari Terbit pada kereta mereka.

Menurut mereka, golongan ini jelas buta sejarah. Di mana lambang tersebut digunakan Jepun dalam penjajahan mereka ketika Perang Dunia Kedua.

Taobao
HYPE
Raya Extra Meriah! 5 Dekorasi DIY Dari Taobao Wajib Ada Untuk Rumah Anda!
Baca lagi →

Ketika itu, Malaysia antara yang terkesan termasuk di Tanah Melayu, dan di Borneo. Datuk nenek moyang kita di Malaysia menderita kerana kekejaman tentera Jepun ketika itu.

Ramai rakyat, pejuang dan perajurit terkorban pada era penjajahan Jepun di Malaysia.

Oleh sebab itu, generasi pada hari ini perlu peka dan prihatin tentang apa sahaja simbol yang mereka mahu guna atau ‘flex’ pada kereta atau imej mereka.

Lee Seng Foo menulis: “Tidak kiralah, betapa sukanya kamu dengan Jepun atau budaya Jepun, kamu adalah orang yang buta tuli jika kamu menggunakan simbol Rising Sun di Malaysia.”

Menjengah ke ruangan komen netizen di X rata rata setuju dengan pandangan itu.

Kerana mereka mendengar ada nenek moyang mereka sendiri menjadi mangsa kekejaman Jepun di Tanah Melayu dan di Borneo.

Yang lain menulis: “Tok saya smpai sekarang kalau ada cerita askar Jepun kat tv, dia suruh tutup, tak mau tengok, dia benci dan trauma, teringat dulu-dulu tengok orang kena paksa panjat ambil buah, kat bawah kena ugut pakai bayonet, kena menyorok bawah tanah takut kena culik, beras, garam dirosakkan, macam macam lagi yang dilalui.”

Seterusnya ada juga yang kehairanan dengan segelintir orang Malaysia yang bangga dengan penjajah. Bukan sahaja menggunakan simbol Rising Sun, malah ada yang suka menggunakan simbol Union Jack pada kenderaan mereka.

Netizen yang lain menyindir: “Inilah bahana bila anggap sekolah dan SPM tidak penting terus nak jadi influencer, sejarah negara sendiri pun tak faham.”