Mesti anda pernah dengar akan Tourette Syndrome, bukan? Bagi anda yang tidak tahu, sindrom ini akan menyebabkan seseorang ‘tics’ dimana dari segi pergerakan atau bunyi secara tiba-tiba yang orang lakukan berulang kali.
Terbaharu, seorang pengguna TikTok @syaatiaa97 telah berkongsi sebuah video menunjukkan rutin bagaimana dia menjaga bayinya walaupun dia mengalami Tourette Syndrome.
Baca Juga:
- 5 Tanda Status Kewangan Anda Lebih Baik Daripada Kebanyakan Individu Lain
- Gaji Cukup-Cukup Makan? Ini 5 Idea Untuk Anda Cari Duit Tepi
- Ini Rahsia Bangsa Cina Simpan Duit Yang Semua Orang Boleh Ikut
https://www.tiktok.com/@syaatiaa97/video/7208126900395379994?is_from_webapp=1&sender_device=pc&web_id=7208720394391897601
Menerusi video itu, dapat dilihat pada awalnya ‘ticks’ tersebut aktif tetapi menjadi reda selepas mengangkat bayinya. Dia juga mengatakan bahawa sindrom ini bukanlah satu penyakit, tetapi satu gangguan neuorologi yang boleh diwarisi atas pelbagai faktor seperti keturunan (genetik) dan persekitaran.
Perkongsian video itu telah meraih perhatian orang ramai dan rata-rata netizen memberikan kata-kata semangat kepada wanita terbabit serta berikan pujian kepadanya.
Tidak hanya itu, ada juga netizen yang baru pertama kali melihat sindrom ini dalam kalangan rakyat Malaysia. Para netizen turut memuji kebesaran Allah kerana sindrom wanita itu reda apabila memegang bayinya.