Pemain tengah Real Madrid, Luka Modric secara rasminya telah bergelar pemilik saham minoriti buat pasukan EFL Championship, Swansea City.

Berita ini nyata mengejutkan ramai pemerhati dan peminat bola sepak dunia kerana Swansea bukanlah sebuah kelab gergasi, tetapi bagi Modric pilihan ini mempunyai sentuhan peribadi dan strategik.

Baca Juga:

Penyertaan pemain kelahiran Croatia itu dalam struktur pemilikan kelab tersebut mencerminkan minat mendalam beliau terhadap pembangunan jangka panjang bola sepak dan peranannya di luar padang.

Modric
Soccer Football – LaLiga – Deportivo Alaves v Real Madrid – Estadio Mendizorroza, Vitoria-Gasteiz, Spain – April 13, 2025 Real Madrid’s Luka Modric on the bench before the match REUTERS/Vincent West

Alasan Modric Pilih Swansea City

“Ini merupakan satu peluang yang amat mengujakan. Swansea mempunyai identiti yang kukuh, sokongan peminat yang luar biasa dan cita-cita untuk bersaing di peringkat tertinggi.”

“Sebagai seseorang yang pernah bermain di tahap tertinggi, saya percaya saya boleh menyumbangkan pengalaman saya kepada kelab ini.”

“Matlamat saya adalah untuk menyokong pertumbuhan kelab secara positif dan membantu membina masa depan yang lebih gemilang,” ujar Modric menurut sumber laporan Goal.

Modric
Soccer Football – FA Cup – Fourth Round – AFC Bournemouth v Swansea City – Vitality Stadium, Bournemouth, Britain – January 25, 2024 AFC Bournemouth’s Marcus Tavernier and manager Andoni Iraola celebrate after the match REUTERS/Isabel Infantes

Dalam perkembangan sama, Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Swansea City, Tom Gorringe turut meluahkan rasa gembiranya susulan penglibatan Modric dalam pasukan itu.

“Saya amat teruja dengan penyertaan Luka sebagai pelabur dan rakan pemilik. Tiada figura yang lebih baik dalam dunia bola sepak untuk dijadikan teladan oleh pemain-pemain kami, dari peringkat akademi hinggalah ke pasukan utama.”

“Sokongan beliau terhadap aspirasi kelab dan kesediaan untuk bersama-sama dalam perjalanan ini akan menjadi elemen penting dalam usaha kami memperbaiki prestasi, di dalam dan di luar padang.”

 

Sumber