Iran menjadi negara terbaru yang menjadi mangsa operasi ketenteraan AS dan sekutunya.

Amerika Syarikat sekali lagi menjadi perhatian dunia dengan kenyataan pelik mereka tentang operasi keteteraan di negara berdaulat lain.

Sebelum ini, Pete Hegseth dari Pentagon berkata: “Bukan kami yang memulakan perang ini, namun di bawah Presiden Trump, kami cuma menamatkannya.”

Pete kemudian memberikan amaran kepada mereka yang mencabut nyawa rakyat Amerika atau tentera mereka akan berdepan dengan pembalasan.

“Jika kamu membunuh rakyat Amerika, kami akan memburu kamu, kami akan menamatkan riwayat kamu. Iran sedang belajar dengan cara sukar, dan Presiden Trump mengotakan apa yang dia kata.”

Netizen benar benar pelik dengan kenyataan tersebut. Kerana menurut netizen, sudah terang terang AS yang menyerang Iran.

Ada yang menyindir: “Adakah Iran mengebom diri sendiri dan AS pula datang membantu mereka menamatkan misi itu?”

Seorang lagi berkata: “Saya tahu memang ada manusia akan cepat lupa, namun peristiwa itu baru berlaku 3 hari yang lalu.”

Yang lain berkata: “Saya ni cukup tua untuk ingat apa negara Amerika buat kepada Iraq dan Afghanistan.”

Pemilik akaun Pearl Mania mengingatkan Trump: “Memang kamu yang memulakan perang. Kamu yang menggelarkannya Operation Epic Fury.”

Pearl Mania meminta Pete Hegseth agar menukar sahaja nama jawatannya kepada: “Tukar pangkat kamu kepada Setiausaha Perang, sebab kamu sangat suka berperang.”

@pearlmania500

YOU LITERALLY STARTED IT PETE. #drama #liar #clown #rant #history UNLIKE YOU I SOBERED UP AND LEARNED FROM THE HISTORY I LIVED THROUGH.

♬ original sound – Pearlmania500

Setiausaha White House, Karoline Leavitt pula menambah satu lagi kenyataan pelik tentang alasan Trump mengarahkan AS menyerang Iran.

Menurutnya, Presiden Trump bertindak atas faktor naluri dia merasakan bahawa Iran akan menyerang AS. Lalu dia bertindak lebih awal.

Leaviit berkata: “Presiden dapat merasakan, sekali lagi, berdasarkan hakikat bahawa, Iran akan menyerang AS dan menyerang aset kami di rantau tersebut.

“Dan Trump membulatkan tekad untuk melancarkan Operation Epic Fury, atas alasan tersebut.”‘

@cbsnews

White House press secretary Karoline Leavitt said Wednesday that the U.S. was not behind a deadly airstrike on a girl’s elementary school in Iran. Iranian authorities have blamed the strike on Israel and the U.S. but neither the U.S. nor Israel has said it was behind the strike. Defense Secretary Pete Hegseth and Secretary of State Marco Rubio said that the Pentagon was investigating. “The United States of America does not target civilians, unlike the rogue Iranian regime that targets civilians, that kills children, that has killed thousands of their own people in the past several weeks and uses propaganda quite effectively,” Leavitt said. #iran #middleeast #unitedstates #school

♬ original sound – cbsnews

Kenyataan Leavitt itu benar benar mengundang kecaman ramai. Kerana, seolah olah Trump bertindak atas dasar syak wasangka ke atas negara lain.