Coldplay, kumpulan muzik dari British mendedahkan bahawa vinyl album mereka dihasilkan sepenuhnya daripada plastik sampah yang diambil dari sungai-sungai di Malaysia dan Indonesia.

Kumpulan yang pernah bertandang ke Malaysia buat pertama kali tahun lalu telah bekerjasama dengan The Ocean Cleanup dalam menghasilkan vinyl album mereka.

Chris Martin, vokalis utama Coldplay, dalam satu penampilan di rancangan QVC, mendedahkan bahawa setiap vinyl album mereka dihasilkan daripada 9 botol plastik.

Plastik ini diambil menggunakan River Cleanup Boat, sebuah teknologi canggih yang turut dibiayai oleh Coldplay.

“Vinyl ini diperbuat daripada plastik yang dikumpul dari sungai di Malaysia dan Indonesia,” ujar Chris Martin, sambil menegaskan bahawa Coldplay memainkan peranan dalam pelaburan teknologi pembersihan sungai ini.

Album coldplay yang dibuat dari sampah sungai Malaysia dan Indonesia ini telah berjaya mengurangkan pencemaran plastik dan memberikan harapan baharu kepada ekosistem sungai.

Walaupun inisiatif ini mendapat pujian ramai, ada juga pihak yang melihatnya dari sudut yang lebih kritikal.

Salah satu komen yang muncul ialah dari seorang pengguna media sosial, yang menyatakan, “It’s not proud dude, means our river has many rubbish.”

Komen ini seolah mengingatkan kita bahawa sebenarnya negara kita mempunyai masalah yang serius dalam pengurusan sampah.

Usaha Coldplay dalam mengitar semula plastik sampah menjadi sebuah vinly telah membuka mata banyak pihak.

Ada yang beraggapan bahawa usaha ini bagus dalam menjaga alam sekitar dan sebahagian pula merasakan bahawa negara kita mempunyai isu sampah yang berat untuk diselesaikan.