Pelakon Johan As’ari baru baru ini mencuri perhatian apabila mendedahkan bayaran yang diterimanya ketika membintangi filem epik Mat Kilau: Kebangkitan Pahlawan.

Dalam satu segmen audio siar, Johan As’ari mendedahkan bahawa jumlah gaji yang diterimanya memang bukan kecil.

Dia turut berterima kasih kerana disediakan makan yang sedap dan penginapan di hotel yang mewah dan selesa/

Paling menarik, Johan mendedahkan dia menerima bayaran kira kira RM70,000 walaupun hanya terlibat selama 14 hari di set penggambaran.

Menurut Johan, walaupun keseluruhan penggambaran filem arahan Syamsul Yusof itu berlangsung selama kira-kira 100 hari, komitmennya hanya mengambil masa sekitar dua minggu sahaja – melibatkan babak yang dia harus berada di set penggambaaran.

Apa yang lebih menarik, segala keperluan sepanjang penggambaran turut ditanggung produksi termasuk makan, minum dan penginapan hotel juga disediakan oleh pihak produksi.

Secara kasar, bayaran itu bermaksud Johan memperoleh sekitar RM5,000 sehari — satu angka yang pasti membuat ramai terkejut.

Johan berkata: “Saya dibayar untuk 14 hari bekerja, kurang daripada sebulan bekerja dalam 100 hari bekerja.

“Dalam penggambaran, ia dilakukan dalam masa 100 hari [secara keseluruhannya], mungkin kurang sedikit, saya tidak pasti.

“Dikira daripada hari pertama penggambaran bermakna setiap hari sampai hari yang keseratus dipenuhkan dengan penggambaran.

“Alhamdulillah saya dibayar hampir RM70,000.

“Makan dan minum semua ditanggung. Saya dan pelakon lain juga diberikan tempat tinggal yang selesa iaitu menginap di hotel yang istimewa.

“Terima kasih kepada pihak Kembara Studio. Ini rezeki saya dan rakan-rakan pelakon lain.

Sebagai rekod filem Mat Kilau: Kebangkitan Pahlawan arahan Syamsul Yusof menjadi antara filem paling berjaya dalam sejarah perfileman Malaysia.

Ianya mencipta fenomena tersendiri apabila mencatat kutipan sebanyak RM97 juta dalam tempoh hanya 40 hari tayangan.

@nadabermakna

Gaji mat kilau

♬ Melancholic – Perfect, so dystopian