Ali Puteh telah memuat naik satu hantaran ditujukan kepada anak anaknya dengan menasihati agar mereka tak berpecah belah kerana harta.
Selain itu, pelawak terkenal itu juga simpati melihat anak anaknya membesar dengan kesusahan ibu bapa mereka.

Ali mengajak anak anaknya bersama sama melangkah keluar dari segala kekusutan dan ujian yang sedang melanda. Kerana Ali yakin bahawa Allah itu maha adil dan mendengar.
Menerusi hantaran itu, Ali menulis: “Mari kita keluar melangkah dari segala kekusutan dan ujian dan terus maju ke depan kerana Allah Maha Adil dan Maha Kaya dan Maha Mendengar.
“Sedih melihat kamu membesar dengan penuh ujian dari walid dan ibu. Semoga Allah sentiasa bersama dalam setiap langkah kita sekeluarga.”
Ali turut menitipkan peringatan bahawa akan sentiasa ada orang yang tak senang melihat apabila seseorang itu sudah berada di atas. Dan sentiasa ada yang ketawa melihat apabila mereka di bawah.
Ali berjanji dengan anaknya, bahawa dia dan isterinya akan sentiasa menyokong mereka.
Ali menambah: “Kakak, abang dan adik, ingatlah pesan ibu dan walid bila kamu besar nanti. Jangan berpecah belah dekk kerana harta, jangan berpecah belah dekk kerana dunia.
“Jangan termakan dekk cacian dan makian dari orang, membesarlah kamu dengan segala kasih dan sayang sebagai saudara.” – dipetik dari laman Oh Bulan.
Peminat peminat Ali Puteh mendoakan agar Ali sekeluarga diberikan rezeki yang lebih baik selepas ini. Mereka menyokong Ali Puteh agar berjaya dalam apa jua bidang yang diceburinya.
Selain menjadi pelawak, Ali Puteh juga terlibat dalam dunia perniagaan.