Pada tahun lalu pempengaruh, usahawan, Dato’ Aliff Syukri kongsikan kos-kos tersembunyi tinggal di rumah agam mewah yang mencecah ratusan ribu setahun.
Baru-baru ini beliau kongsikan proses untuk mengecat semula rumah agam selepas sepuluh tahun yang menelan kos belanja RM250,000.
Baca Juga:
- ‘Ingatkan Ada Mansion Boleh Dibanggakan, Rupanya Jadi Beban Nak Maintain RM40,000 Sebulan’ – Aliff Syukri

- ‘Rasa Terbeban Nak ‘Maintain’, Setahun Ratusan Ribu Ringgit’ – Aliff Syukri Menyesal Bina Rumah Besar

- Gagal Cari Pembeli, Aliff Syukri Mahu Sewakan Rumah Berharga RM6 Juta

“Saya nak cat rumah pun fikir 10 kali. Ramai tak percaya rumah saya ini hampir 10 tahun pindah, dan ini adalah kali pertama saya cat rumah keseluruhannya. Mungkin ramai yang tak percaya. Kos nak cat runah amatlah mahal hampir mencecah RM250,000,” katanya di hantaran Instagram.

Menurut usahawan itu, oleh sebab kos yang mahal, beliau mengecat sendiri rumah tersebut di bahagian bawah dan hadapan rumah.
“Baru saya tahu sebenarnya kos duduk, cat rumah bukan mudah seperti saya dijangkakan. Alhamdulillah tahun ni saya ada rezeki lebih, saya boleh bayar kontraktor dan rumah ini akan dicat buat julung kalinya seluruh bangunan selepas 10 tahun.
“Kesimpulannya sebelum beli rumah, kena fikir juga maintenance tahunan sebab nak maintenance rumah bukan harga murah.
“Dulu saya berimpian untuk ada rumah besar seperti mahligai istana, tetapi saya tidak fikir panjang berkenaan kos yang perlu ditanggung pada masa akan datang,” jelas beliau.

Menurut beliau, apa yang dikongsikan ini bukanlah satu rungutan, sebaliknya sebagai pendoman dan pengajaran untuk usahawan atau anak muda di luar sana supaya tidak salah pencaturan seperti dirinya.
Memetik perkongsian Aliff Syukri lagi, sebagai pemilik rumah, perlulah fikirkan kos luar jangka, forecast maintenance yang perlu ditanggung pada masa akan datang.

“Dengar memang macam mewah, tetapi hanya yang berhadapan sahaja tahu. Besar periuk, besarlah kawahnya.
“Tetapi saya bersyukur diberikan rezeki untuk terus menampung kos maintenance rumah saya,” kata Aliff Syukri.