Musim menakjubkan yang dijelmakan oleh Mohamed Salah masih belum cukup untuk membantu bintang Liverpool itu untuk meraih gelaran Ballon d’Or 2025.

Hakikat itu disuarakan oleh bekas pengurus skuad kebangsaan England, Sam Allardyce yang melihat Vinicius Junior akan dipilih menjadi pemenang.

Baca Juga:

Pada musim ini, Salah telah berjaya meledakkan 30 gol dan mencipta 22 bantuan jaringan dalam semua kejohanan disertai Liverpool.

Mohamed Salah
Soccer Football – Premier League – Liverpool v Newcastle United – Anfield, Liverpool, Britain – February 26, 2025 Newcastle United’s Jacob Murphy in action with Liverpool’s Mohamed Salah REUTERS/Phil Noble

Satu keadaan yang terus meletakkan beliau sebagai salah seorang pemain terbaik dunia pada ketika ini dan disebut-sebut bakal menjadi pemenang anugerah yang dianjurkan majalah France Football itu.

Melihatkan kepada apa yang telah terjadi pada tahun lalu dimana kem Real Madrid memboikot anugerah tersebut kerana pemain tengah Manchester City, Rodri telah dipilih sebagai pemenang, Allardyce berpendapat amat sukar buat Salah untuk memenanginya.

Mengapa Mohamed Salah Sukar Dapatkan Ballon d’Or Menurut Allardyce?

Beliau merasakan penganjur anugerah tersebut akan berusaha bersungguh-sungguh untuk memujuk Real Madrid tahun ini kerana tidak mahu kejadian sama berulang.

“Tidak ada peluang [untuk Mohamed Salah memenangi Ballon d’Or],” ujar Allardyce menurut sumber laporan Goal.

Mohamed Salah
Soccer Football – Premier League – Liverpool v Newcastle United – Anfield, Liverpool, Britain – February 26, 2025 Liverpool’s Alexis Mac Allister celebrates scoring their second goal with Mohamed Salah and Dominik Szoboszlai REUTERS/Phil Noble

“Ia akan menjadi milik Vinicius Jr kerana apa yang dilakukan oleh Real Madrid tahun lepas.”

‘Mereka [Real Madrid] pasti sangat tertekan kerana mereka tidak akan hadir lagi jika salah seorang daripada mereka tidak memenanginya.”

“Jadi, salah seorang daripada mereka akan menang. Anda boleh bertaruh mengenai perkara ini sekarang juga,” tambah beliau lagi.

 

Sumber