Selain mengamalkan pemakanan yang seimbang dan juga bersenam, segelintir individu juga mengambil supplement untuk menjaga kesihatan mereka. Malah, ada juga influencer pernah kongsi amalan makan vitamin C yang boleh menyebabkan kerosakan buah pinggang.
Itulah yang dilakukan oleh pengguna TikTok @nurinafiqaaah yang mengambil beberapa pil supplement. Baru-baru ini, Nurin Afiqah yang merupakan influencer TikTok telah memuat naik video menunjukkan pil supplement yang diamalkannya setiap hari.
Baca Juga:
- Ambil Drip Vitamin C Dalam Kereta, Doktor Ini Sekolahkan Pengguna Yang Mahu Putih Secara ‘Instant’
- Baik Buruk ‘Supplement’ Yang Anda Patut Tahu, Menurut Pegawai Dietetik Hospital
- Pandangan Tentang MLM Dan Pengambilan ‘Supplement’ Yang Wajar Diberi Perhatian
@nurinafiqaaah Beauty is expensive
Apa yang mengejutkan orang ramai adalah apabila dia berkongsi mengamalkan banyak pil supplement seperti vitamin C, sunblock dan banyak lagi.
Perkongsian video tersebut telah meraih perhatian orang ramai dan netizen mempersoalkan keperluan untuk makan supplement yang boleh dikatakan banyak.
Malah, para netizen juga mengatakan pastinya makan supplement secara keterlaluan akan memberikan kesan kepada kesihatan kelak. Tidak hanya itu, rata-rata netizen turut berasa pelik bagaimana influencer tersebut boleh makan supplement itu sekaligus.