Influencer dan pencipta konten, Amar Nazhan akui dia masih dihantui oleh komen yang mengejeknya kerana dia makan kentang. Di mana ada satu tahap netizen menurutnya telah melakukan face shaming kepadanya.
Amar ketika itu hanyalah membuat konten bersembang sambil makan kentang. Namun ramai yang memperlinya melabel dia makan bersepah.
Baca Juga:
- Influencer Shu Shukri Ditegur Kerana Persenda Hukum Agama ‘Kalau Wanita Boleh Kahwin 4’
- Penginap Homestay Dari Neraka Ini Kutuk Barang Sedekah Pemilik Rumah Kepada Mereka
- Ini Respons Polis Perak Terhadap Dakwaan ‘Layanan Istimewa’ Kepada DSP Nazri
Dia memaafkan mereka yang mengejek rupanya. Sambil menyatakan bahawa paras rupa yang dia ada adalah ciptaan Allah SWT.
Dipetik dari Mstar Online, Amar Nazhan berkata: “Pada yang face shaming saya itu tidak mengapa, saya terima kekurangan saya. Yang jadikan saya ni pun Allah S.W.T, jadi saya terima diri saya seadanya.”
Influencer Amar Nazhan mengakui bahawa cara dia makan kentang itu memang tak patut. Namun pada masa yang sama dia cuma mahu kekal dalam karakter ketika membuat konten tersebut.
“Kita akui benda tu tak betul dan tak akan ulang lagi benda tu. Am pun dah buat permohonan maaf, kita akui salah kita, kita terbuka dan benda tu tak akan berulang,” tegas dia lagi tentang video dia makan kentang yang menjadi viral dan dibuat parodi ramai pihak.
Cuma dia terkilan dengan komen yang mengejek rupanya yang merupakan body dan face shaming. Dia menyatakan bahawa perkara itu benar benar tidak ok. Namun dalam pada masa yang sama dia akui bahawa kita tak boleh tutup mulut orang.
Apa yang penting baginya adalah bergerak ke hadapan dan perbaiki kelemahan diri sendiri dalam menghasilkan konten di masa akan datang.