Sudah menjadi satu trend pula buat syarikat gergasi membuang pekerja dalam angka yang besar kerana tidak mampu menanggung kos operasi harian yang tinggi. Fenomena ini berlaku di seluruh dunia dan dilihat berlarutan sehingga tahun ini.
Terbaharu, syarikat gergasi e-dagang, Amazon bakal memberhentikan 18,000 pekerja ekoran krisis ekonomi global. Langkah pemberhentian itu tertumpu kepada petugas korporat syarikat, lapor Agensi Anadolu memetik Wall Street Journal.
Baca Juga:
- ‘Pandai Urus Duit Baru Boleh Guna’ – Ini Nasihat Penasihat Kewangan Sebelum Anda Mohon Kad Kredit
- ‘Ibu Lebih Percayakan Scammer’ – Anak Luah Rasa Kesal Duit Lebih RM60,000 Milik Ibunya Lesap
- Bagaimana Tindakan Pantas Usahawan Ini Berjaya Elak Jenamanya Daripada Bankrap
Malah, sebahagian pasukan lain dalam organisasi juga bakal terjejas pada kali ini. Syarikat ini telah menghadapi pelbagai fasa yang getir namun mereka sangat jarang dalam mengembangkan atau menambah pekerja pada setiap tahun.
Pada November, syarikat berpangkalan di Seattle itu mengumumkan pemberhentian tenaga kerja lebih dari 10,000 orang dan dijangka berlarutan sehingga awal tahun 2023.
Sudah banyak syarikat teknologi gergasi yang memberhentikan pekerja secara berskala besar. Tetapi Amazon dengan anggaran lebih 18,000 pekerja yang diberhentikan kini muncul paling terbesar setakat beberapa bulan lepas.