Menjadi satu mimpi ngeri: Anda terperangkap di kesesakan lalu lintas yang teruk, untuk bergerak sejauh 100 meter sudah mengambil 30 minit. semasa terperangkap di kesesakan lalu lintas, tiba-tiba jantung anda terasa sakit dan mengalami sesak nafas yang tidak pernah anda alami. Anda mengalami serangan jantung!

Jika dilihat pada situasi di atas, kemungkinan untuk anda terus hidup sangatlah tipis. Melainkan pada masa itu ada defibrillator berhampiran anda.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Kira-kira 800,000 orang mengalami serangan jantung di Eropah setiap tahun dan hanya 8.0 peratus sahaja berjaya diselamatkan. Melihat ini sebagai satu peluang untuk membantu masyarakat, Momont, 23 telah mencipta Ambulance Drone. Menurut beliau respond pihak hospital di seluruh dunia sampai ke tempat kejadian adalah sekitar 10 minit manakala mati otak(keadaan tiadanya pengedaran darah dan oksigen) berlaku dalam masa 6 minit. Dengan bantuan Ambulance Drone, bantuan boleh dihantar dengan lebih pantas sekaligus meningkatkan peratus berjaya diselamatkan kepada 80 peratus.

Kos untuk sebuah dron sekitar $19,000 dan buat masa ini perkhidmatan Ambulance Dron hanya terdapat di Amsterdam. Jika kerajaan Malaysia betul-betul serius menambah baik perkhidmatan yang sedia ada, tidak mustahil untuk anda lihat dron-dron ini terbang berlegar-legar di udara tidak lama lagi.

Lihat bagaimana Ambulance Drone berfungsi