Amerika Syarikat terus mendapat kritikan hebat dimana negara itu dianggap tidak sesuai untuk menjadi tuan rumah bagi kejohanan bola sepak.

Piala Dunia Kelab FIFA 2025 sedang berlangsung di negara itu dan kejohanan tersebut diwarnai dengan kritikan, baik dari peminat mahupun pengendali kelab yang beraksi.

Baca Juga:

Amerika Syarikat Tak Layak Jadi Tuan Rumah

Antara perkara yang mendapat kritikan ialah bagaimana cara pemain memasuki padang sebelum perlawanan.

Berbeza dengan cara tradisional yang mana 22 pemain dan pegawai perlawanan berjalan seiring, FIFA mengarahkan pemain untuk diperkenalkan satu per satu sebelum perlawanan.

Amerika Syarikat
Kredit Foto: Peter Zay / Anadolu via AFP

Cuaca panas yang melampau turut memberi kesan dalam setiap perlawanan dimana pemain terpaksa mengambil water break dan cooling break secara kerap.

Pengurus Chelsea, Enzo Maresca menganggap Amerika Syarikat bukan destinasi yang sesuai untuk menganjurkan kejohanan bola sepak selepas pasukannya terpaksa menunggu 2 jam sebelum menyambung aksi menentang Benfica ekoran cuaca buruk.

Pemain, kakitangan dan penyokong segera ditarik masuk ke dalam kerana ribut petir dikesan dalam radius lapan batu dari tempat itu, selaras dengan peraturan keselamatan AS.

Amerika Syarikat
Kredit Foto: Federico PARRA / AFP

“Saya rasa ia satu jenaka, sejujurnya. Ia bukan bola sepak. Saya sukar untuk memahaminya.

“Saya boleh faham jika itu sebab keselamatan tetapi jika anda menggantung tujuh atau lapan perlawanan maka ia mungkin bukan tempat yang sesuai untuk melakukan pertandingan.

Amerika Syarikat
Enzo Maresca

“Ia bukan perkara biasa untuk menggantung perlawanan. Dalam Piala Dunia, berapa banyak perlawanan yang digantung? Sifar. Di Eropah berapa banyak perlawanan yang digantung? Sifar.

“Kami telah berada di sini dua minggu dan mereka telah menggantung enam atau tujuh perlawanan. Terdapat beberapa masalah untuk saya secara peribadi,” katanya.