Lebih 400 rakyat Malaysia kini berada dalam senarai penghuni haram yang bakal dihantar pulang dari Amerika Syarikat (AS) ekoran kempen ketat imigrasi di bawah pentadbiran baharu Donald Trump.

Menurut data terkini yang dikeluarkan oleh US Immigration and Customs Enforcement (ICE), seramai 435 rakyat Malaysia telah menerima final deportation orders (notis akhir penghantaran pulang) dan kini berada dalam senarai non-detain docket ICE.

Taobao
HYPE
Raya Extra Meriah! 5 Dekorasi DIY Dari Taobao Wajib Ada Untuk Rumah Anda!
Baca lagi →
Rakyat Malaysia
Sumber: The Washington Post

Data ini, yang dikeluarkan pada November 2024, mendedahkan bahawa sejumlah 1,445,549 bukan warganegara AS dari pelbagai negara telah menerima notis yang sama.

Rakyat Malaysia berada dalam kategori pertengahan antara negara-negara yang terjejas oleh kempen penguatkuasaan imigrasi ini.

Isu ini kini menjadi tumpuan hangat di media sosial, terutamanya memandangkan pentadbiran Trump yang baru sahaja memulakan penggal kedua mereka di Rumah Putih.

Apa Itu Final Deportation Order?

Final deportation order bermakna individu terbabit telah kehabisan semua pilihan undang-undang untuk kekal di AS.

Namun, menurut dokumen ICE, masih ada beberapa cara untuk mereka yang bukan warganegara AS kekal di negara itu walaupun menerima notis penghantaran pulang.

Rakyat Malaysia
Sumber: KCRW

Antaranya:

  1. Memohon Perlindungan atau Suaka – Individu boleh memohon suaka, menangguhkan pemindahan, atau perlindungan di bawah Convention against Torture. Jika permohonan mereka diluluskan, ICE tidak boleh menghantar mereka pulang.
  2. Kerjasama Kerajaan Asal – AS memerlukan kerjasama kerajaan negara asal untuk mengesahkan kewarganegaraan individu terbabit dan mengeluarkan dokumen perjalanan.

Kenapa Malaysia Terjejas?

Menurut laporan ICE, kerjasama dari kerajaan asal adalah kunci dalam proses penghantaran pulang.

“Ketiadaan kerjasama dari kerajaan asal boleh melambatkan atau menghalang proses penghantaran pulang,” jelas dokumen tersebut.

Rakyat Malaysia
Sumber:PBS

AS meminta kerajaan untuk:

  1. Mengesahkan kewarganegaraan individu terbabit melalui temu duga.
  2. Mengeluarkan dokumen perjalanan dengan segera.
  3. Menerima kepulangan warganegara mereka melalui penerbangan komersial atau sewaan.
  4. Jika kerajaan asal tidak bekerjasama, negara tersebut mungkin akan diklasifikasikan sebagai “tidak bekerjasama” atau berisiko untuk tidak mematuhi permintaan AS.

Apa Langkah Malaysia?

Setakat ini, tiada kenyataan rasmi dari Kementerian Luar Negeri Malaysia mengenai isu ini.

Namun, sebagai negara yang prihatin terhadap kebajikan rakyatnya, diharapkan kerajaan akan mengambil langkah proaktif untuk memastikan hak dan keselamatan rakyat Malaysia.