Sekiranya anda seoarang yang aktif dengan perkembangan e-sukan khususnya permainan FIFA, nama Amirul ‘AmTuah’ Afandi pastinya nama yang tidak asing lagi.

Berikutan kejayaan yang berjaya ditempa sebelum-sebelum ini termasuk menjuarai Dunia Virtuelle Bundesliga FIFA 18 Amirul ‘Amtuah’ telah dilamar pasukan Schalke 04 yang pernah dibintangi Mesut Ozil dan Klaas-Jan Huntelaar.

HYPE
Wayout Solution Cipta Sejarah Rangkul Anugerah Company Of The Year
Baca lagi →

Tahniah diucapkan buat Amirul ‘AmTuah’ Afandi atas hasil usaha keras selama ini. Semoga lebih banyak kejayaan bakal ditempa bersama Schalke 04 sekaligus membawa nama Malaysia ke mata dunia. Kejayaan Amirul ‘Amtuah’ ini juga sekaligus berjaya menjadi penanda aras baru buat industri e-sukan di dalam negara kita.

Buat anda yang bercita-cita dan berhasrat untuk menjadi pemain e-sukan, tidak ada salahnya untuk anda berusaha kerana kini lebih banyak jalan telah dibuka untuk anda berjaya dengan hanya bermain game. Klik di sini untuk melihat penghargaan khas Bundesliga buat Amirul ‘Amtuah’ Afandi