Ammar Alfian menafikan bahawa dia terlibat dalam kes pukul teman wanita yang berlaku baru baru ini. Ammar sempat menyatakan bahawa dia sedar mukanya ‘jahat’ namun dia bukan orang yang memukul wanita seperti yang disangka.

Laporan menyebut, seorang pelakon lelaki popular berusia 37 tahun dilaporkan telah memukul teman wanitanya kerana perbalahan antara mereka.

Kejadian itu berlaku pada awal pagi Ahad, kira kira 4 pagi di Ara Damansara.

Perkara itu disahkan oleh Asisten Komisioner Shahrulnizam Ja’afar Ismail. Ianya selepas mangsa membuat lappran polis selepas mendakwa dia dipukul.

Ketika kejadian, suspek dilaporkan telah memarahi teman wanitanya itu dan kemudian menumbuknya di bahagian mata sebelah kiri ketika berada di dalam kereta jenis SUV.

Mangsa pada awalnya keluar dengan kakaknya. Mangsa yang berusia 25 tahun kemudian bertemu dengan suspek selepas dipanggil oleh suspek yang tidak berpuas hati dengannya.

Berlaku perselisihan faham di antara mereka yang menyebabkan tercetus serangan fizikal ke atas wanita tersebut.

Kes tersebut kini disiasat di bawah Seksyen 323 Kanun Keseksaan.

Dalam pada itu pelakon lelaki Ammar Alfian menafikan bahawa dia adalah pelakon yang dimaksudkan. Netizen mulai mendakwa Amar Alfian sebagai suspek kerana usia suspek 37 tahun.

Ammar Alfian berkata: “Tahu la muka aku jahat, berlakon pun jahat. Selepas ini, produser tolong bagi watak ustaz kepada aku.

“Aku mahu babak dalam masjid, aku tengah solat, baca doa nangis-nangis,” katanya kepada BH Online.