Kekuatan filem KL Gangster ialah keberanian Syamsul Yusof untuk mengarahkan filem pertama yang benar-benar menceritakan kehidupan gangster di Kuala Lumpur.
Namun begitu, baru-baru ini seorang ‘amoi’ membuat review tentang filem tersebut di akaun TikTok.
Baca Juga:
- Karya Dicetak Rompak, Pelakon Filem ‘KL Gangster Underworld’ Kecewa Dengan Sikap Netizen
- ‘KL Gangster Underworld’ Siri Yang Lebih Ganas Dan Mengujakan
- Terdiam Tanpa Kata, Netizen Kecewa Lihat Reaksi Syamsul Yusof Apabila Disoal Tentang Ira Kaza
Menerusi akaun TikTok milik @lowsokying, seseorang pengikutnya menanyakan pendapat beliau sebagai seorang Cina apabila menonton filem KL Gangster di mana para ‘gangster bercakap’ menggunakan slang bahasa Cina.
@lowsokying Replying to @creed_arctic janganlah lu gua lu gua, lebih baik cakap proper Bahasa Melayu 😂
♬ original sound – Low Sok Ying – LSY (11/11 pk inter 11:00pm)
“Saya memang tak pernah tengok movie KL Gangster, jadi tadi saya mengambil masa 2 jam untuk menontonnya di YouTube. Kelakar weh. Saya ketawa dari mula sampai habis cerita. Apa yang mereka cakap tu,” tambahnya lagi.
Baginya, penggunaan bahasa ‘Lu dan Gua’ itu sangat kasar dan slang atau dialek bahasa dalam filem itu digunakan oleh Hokkien. Bukan itu sahaja, dialek tersebut memang bunyi biadab apabila digunakan.
Sementara itu, dia menyatakan tidak memahami separuh daripada dialog dalam filem itu dan hanya melihat melalui percakapan lisan pelakon.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet memuji amoi itu comel kerana ucapannya yang ala-ala samseng di dalam video TikTok mengenai pendapatnya dalam filem KL Gangster itu.
https://www.instagram.com/p/CkBJcfHp_6S/
Dalam pada itu, Syamsul Yusof bakal mengarahkan filem baharu The Original Gangster yang diterbitkan oleh Syamsul Yusof Films Sdn Bhd & Razors Edge Pictures yang menurutnya bakal mencatat sejarah sebagai filem aksi gangster moden Malaysia yang paling mahal bakal diterbitkan.