Seorang kanak-kanak perempuan pulang dari sekolah menangis sayu setelah diejek oleh rakan sekelasnya kerana mempunyai adik lelaki yang kurang upaya. Perkara ini didedahkan sendiri oleh ibunya, @Yusrinayusoff98 yang memuat naik video anak perempuannya yang menangis disebabkan kejadian tersebut di laman TikTok.

Dia menulis, “hari ini kakak Haris balik menangis sebab kawan-kawan disekolah hina adik dia catat, kaki terkulai, orang susah, bodoh. Ya Allah, kecik-kecik dah tak ada adab, kesian la.”

Dalam video pendek itu, kanak-kanak itu kelihat menangis sehingga menyentuh hati netizen yang melihatnya.

@yusrinayusoff98HARINI KAKAK HARIS BALIK MENANGIS SEBAB KAWAN2 DISEKOLAH HINA ADIK DIA CACAT , KAKI TERKULAI , ORANG SUSAH , BODOH .. YAALLAH AII KECIK2 DAH TAK ADA ADAB ..KESIAN LAA 😭♬ original sound – Yusrinayusoff98

Yusrinayusoff98 menyatakan bahawa dia telah bertemu dengan pihak sekolah dan satu siasatan dalaman mengenai perkara itu akan dilakukan.

Dalam pada itu, beliau menggesa ibu bapa untuk mendidik anak-anak mereka tentang bahayanya buli.

“Kepada ibu bapa, sila nasihatkan anak-anak anda supaya tidak melakukan buli mental terhadap rakan sebaya mereka sendiri.”

“Sebab bukan semua orang berada dalam situasi pelajar itu. Seorang pelajar yang pernah dilanda cabaran hebat, yang juga tidak meminta untuk berada dalam situasi ini”, tambahnya.