Nama Zameer Pentbrush bukanlah asing lagi di Malaysia. Bakat seni tangannya itu menjadi buruan peminat automotif tempatan.
Baru-baru ini Zameer bersama anaknya bersama-sama ‘menconteng’ sebuah kereta Mitsubishi EVO berwarna hijau mint menjadi seakan-akan kartun manga Jepun.
Baca Juga:
- Pemilik ‘Ghapoor Dior’ Kongsi Cara Beliau Siapkan Scooter Unik Ini
- Anak-Beranak Conteng Kereta McLaren Hingga Nampak Seperti ‘Lukisan Manga Jepun’
- Rakyat Jepun Dirakam Teruja Lihat Lancer Evo Diberi Sentuhan Corak Batik Secara ‘Live’
Menerusi video yang dimuat naik pada IG @zameer_pentbrush, beliau menunjukkan proses ‘menconteng’ kereta itu di sebuah bengkel.
Zameer melukis garisan untuk menjadikan kereta itu nampak seperti lukisan manga jepun. Beliau turut meletakkan corak batik pada kiri dan kanan bahagian kereta tersebut.
Dengan gaya lukisan freestyle sahaja, lukis Zameer menghiasi seluruh badan kereta JDM (Japanese Domestic Market) itu menarik perhatian orang ramai.
Video yang dikongsikan pada Instagram itu mendapat hampir 400 komen. Ramai yang memuji kreativiti kedua-dua anak beranak itu.
“Daripada contengan jadi bakat seni,” ujar salah seorang netizen.
Sebelum ini Zameer pernah ‘menconteng’ skuter miliknya menjadi — Ghapoor Dior — yang diinspirasikan daripada model terhad ‘Vespa 946 Dior’.
Dalam pada itu, beliau juga pernah melukis pada beberapa buah kereta; McLaren MP4 12-C, Nissan Fairlady, Audi TT dan Nissan Vellfire.
Selain melukis pada kereta, Zameer juga menyediakan perkhidmatan untuk menghias motosikal, topi keledar, trak lori dan pelbagai lagi.
Antara nama-nama besar yang yang pernah memiliki hasil seni kreatif Zameer adalah Ustaz Azhar Idrus dan bekas Perdana Menteri Malaysia, YAB Dato’ Sri Ismail Sabri Yaakob.