Baru-baru ini telah berlangsungnya acara tahunan automotif yang gah dikenali sebagai Osaka Auto Messe di Jepun. Acara mega ini menghimpunkan sejumlah kenderaan yang telah diubah suai dari segi tuning mahupun rekaan hasil kreativiti tersendiri daripada para peserta merangkumi pelbagai negara.

Salah satu highlight di acara Osaka Auto Messe yang mencuri perhatian ramai apabila sebuah kereta Mitsubishi Lancer Evo 9 yang dipamerkan tampil unik dengan sentuhan corak batik.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Baca Juga:

Sumber Gambar: TikTok

Menariknya, kereta yang diimport daripada negara Indonesia ini, wakilnya telah memperlihatkan proses mencanting batik secara live di hadapan ratusan pengunjung di sana. Warga Jepun yang berada di situ rata-ratanya kelihatan terpegun dan kagum dengan keunikan seni batik yang mana tidak pernah dilihat sebelum ini.

Bukan sekadar orang biasa sahaja, bahkan seorang lagenda drifter bernama Keiichi Tsuchiya juga teruja melihat hasil livery batik yang dipersembahkan menerusi kereta tersebut.

Sumber Gambar: TikTok

Difahamkan pelukis bernama Fahmi ini memberi nama hasil karya hand made itu sebagai “Batik Hokokai” bersempena terciptanya karya di negara matahari terbit tersebut.

@saberindustries

Keiichi Tsuchiya sampe kagum melihat hasil livery hand paint “Batik Hokokai” by Fahmi – Free Flow di Jepang! 😍 Kesempatan berharga, kebangaan bagi Indonesia! #IndonesiaPride 🇮🇩🇯🇵 #SaberGreatofIndonesia #NMAA #OsakaAutomesse #SABER #SaberIndustries #FreeFlow #YoongMotor #NextLevel #Evo9 #HKS #Greedy #Varis #Tomei #Voltex

♬ original sound – SABER INDUSTRIES

Sementara di ruangan komentar, selain warga Indonesia, peminat Malaysia juga tumpang gembira dengan pencapaian membanggakan itu.

Sumber Gambar: TikTok
Sumber Gambar: TikTok

Malah, ramai berterima kasih kepada pasukan Saber Industries kerana memartabatkan seni batik di samping memperkenalkan kewujudan budaya kemelayuan di persada antarabangsa.