Anak tercedera selepas hantar dari taska merupakan satu perkara yang tidak diingini oleh mana-mana ibu bapa. Selalunya rakaman CCTV taska akan diminta oleh ibu bapa untuk melihat kejadian tersebut terjadi.
Baru-baru ini seorang peguam berkongsi beberapa tuntutan yang ibu bapa boleh lakukan sekiranya anak mengalami kecederaan, namun pihak taska menyatakan CCTV mereka rosak.
Baca Juga:
- Ayah Bayi Yang Yang Disejuk Beku Kini Diwakili Peguam Berprofil Tinggi
- Polis Kesan Ada Unsur Kecuaian Taska Tak Berlesen Akibatkan Kematian Bayi 4 Bulan
- ‘Tidak Seindah Yang Disangka’ – Peguam Dedah Kisah Sebenar Suami Tular Kahwin Tiga
Menerusi perkongsian TikTok @syafiqsb123, ibu bapa boleh membuat lima tuntutan ke atas insiden yang berlaku itu.
@syafiqsb123
Pertamanya, ibu bapa boleh mendapatkan penjelasan bertulis daripada pihak taska mengenai bagaimana berlakunya insiden tersebut.
Kemudian minta pihak taska berikan rakaman CCTV yang masih berfungsi pada ketika kejadian berlaju.
Ibu bapa boleh membuat laporan kepada pihak berkuasa tempatan.
Pada masa sama ibu bapa boleh mendapatkan refund daripada pihak taska atas insiden tersebut.
Dan yang terakhir laporan polis boleh dibuat sebagai dokumen sokongan untuk membuat proses-proses tuntutan yang lain.
Netizen turut berkongsi beberapa tips lain kepada ibu bapa untuk memastikan anak-anak berada di dalam persekitaran taska yang selamat.
Antaranya adalah dengan mendapatkan penjelasan sama ada taska tersebut mempunyai kelulusan untuk beroperasi.
Ibu bapa juga boleh membuat congakan nisbah jumlah kanak-kanak dengan para pendidik yang ada di taska tersebut bagi mengelakkan anak-anak di bawah jagaan terabai.
Pada masa sama warganet menyatakan sekira di dalam agreement ada bertulis pantauan CCTV 24 jam, namun semasa kejadian rakaman CCTV tidak boleh diambil, maka ibu bapa bolehlah membuat tindakan undang-undang ke atas taska tersebut.