Baru-baru ini seorang peguam berkongsi detik-detik beliau hampir dikenakan caj yang tinggi untuk mengalih keretanya dari tengah-tengah jalan raya ke lorong kecemasan yang jaraknya beberapa ratus meter sahaja.

Hal itu menyebabkan wanita itu berasa diambil kesempatan ketika beliau berada dalam kesusahan — sudahlah masih terkejut dan bingung apabila kepalanya terhentak dengan airbag, ada pula pihak mahu mengenakan caj yang cekik darah.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Baca Juga:

Menerusi video TikTok @yarafaee itu, beliau berjaya membayar lelaki tersebut RM50 sahaja, satu caj yang munasabah dengan mengalihkan kenderaan dari tengah-tengah jalan ke lorong kecemasan.

@yarafaee

20/4/2023 ; when He gave me another chance to live.

♬ original sound – tun. – tun.

Perkongsian @yarafaee itu telah mendapat perhatian netizen, ramai menyokong tindakannya yang bertegas dengan lelaki itu. Sekaligus dapat mengelakkan dirinya daripada ditipu.

Ada juga memberikan berpendapat berbeza dengan menyatakan pertolongan lelaki itu tidak datang ‘secara percuma’ dan perlulah membayar harga tersebut.

Dalam satu video lain, peguam itu menyatakan sebab beliau bersetuju menerima bantuan lelaki tersebut kerana mahu segera mengalihkan kenderaannya yang mengganggu trafik yang sangat sesak ketika itu — awalnya beliau sudah pun menghubungi pihak insurans, bagaimanapun bantuan hanya akan tiba dalam masa 3 jam — satu jangka masa yang lama.

Peguam itu juga menyatakan beliau langsung tidak menyangka akan dicaj sebanyak itu, kerana sebelum ini beliau pernah membayar RM150 untuk menunda kereta sejauh 30 kilometer.

Di portal Twitter pula, netizen berkongsi ringkas apa perlu dibuat sekiranya berlaku kemalangan di lebuh raya. Antaranya dengan menghubungi pihak konsensi lebuh raya lokasi kemalangan seperti PLUS, ANIH, PROLINTAS dan lain-lain lagi yang menyediakan servis tunda kenderaan.

Atau boleh hubungi insurans kenderaan masing-masing dan dapatkan perkhidmatan towing. Selalunya pihak insurans menyediakan servis towing percuma untuk beberapa jarak tertentu.

Dalam pada itu, netizen juga meminta orang ramai menyimpan nombor telefon penting, seperti ejen insurans yang dibeli dan salinan dokumen-dokumen insuran di dalam kenderaan untuk memudahkan urusan sekiranya ada berlaku kemalangan yang tidak diingini.

*Ikuti Facebook dan Instagram VOCKET CAR CLUB untuk ketahui perkembangan dan isu semasa automotif dari dalam dan luar negara.