Dinasti politik Marcos kembali ke puncak kepimpinan Filipina setelah 36 tahun digulingkan melalui revolusi kekuatan rakyat. Kemenangan yang berjaya diciptakan oleh Ferdinand Marcos Jr sudah pasti mengusarkan beberapa pihak, terutamanya generasi terdahulu yang sempat merasa kekejaman dan ketamakan kuasa yang menyelubungi zaman pemerintahan Marcos.
Keluarga Ferdinand Marcos pernah diusir dari tampuk kepimpinan setelah dituduh menggunakan kuasa untuk rasuah, keganasan dan pencabulan hak asasi manusia. Namun kini, keluarga yang sama siap kembali menghuni Malacañang, istana kepresidenan di pusat Kota Manila.
Ferdinand Marcos Jr berjaya memenangi pilihan raya presiden Filipina dengan undian yang mencecah 96.82 peratus, jauh di hadapan dengan 58.76 peratus undi. Pesaing terdekatnya, Naib Presiden Leni Robredo, hanya disokong oleh 28.04 peratus pengundi. Bekas juara tinju dunia dan senator, Manny Pacquiao, menduduki tempat ketiga dengan 6.82 peratus undian. Manakala peratusan keluar mengundi Marcos adalah yang tertinggi dalam sejarah pilihan raya presiden Filipina sejak demokrasi dipulihkan pada 1986.
Marcos Jr berkata kepada penyokongnya lewat malam Isnin, memberitahu mereka supaya tidak meraikan lagi kemenangan ini sehingga undian terakhir dikira. “Tetapi walaupun pengiraan masih dijalankan, saya tidak sabar untuk mengucapkan terima kasih kepada anda semua. Terima kasih saya kepada semua yang membantu, kepada semua yang menyertai perjuangan kami, atas pengorbanan anda, untuk semua kerja, masa dan bakat yang anda berikan kepada kami.” Di luar, sekumpulan penyokongnya bersorak ketika lalu lintas lalu melaungkan bahawa calon mereka telah menang.
Walaupun kemenangan ini sudah di ramal sejak beberapa hari lalu – tinjauan menunjukkan Marcos Jr mampu menang besar. Namun bagi para aktivis, golongan agamawan dan pemerhati politik melihat kemenangan ini bakal memulakan kembali detik hitam Filipina dan Ferdinand dianggap sama sahaja seperti ayahnya yang korup dan kuku besi.
Mana tidaknya, keluarga Marcos, yang digulingkan dalam revolusi rakyat pada 1986, telah menjadi simbol rasuah global. Laporan bebas dan dokumen mahkamah memberikan bukti yang tidak dapat dinafikan tentang pencabulan hak asasi manusia dan penyalahgunaan kuasa di bawah Marcos. Selain itu, apabila kumpulan revolusi rakyat menyerbu Istana, alangkah terkejutnya mereka melihat cara hidup pemimpin mereka yang serba mewah sedangkan rakyat di luar hidup dalam kemiskinan.
Kini Marcos bakal kembali berkuasa dan para penyokongnya mengabaikan fakta dan sejarah yang pernah berlaku di Filipina. Para pesaing berkata, kemenangan yang dikecap Marcos adalah hasil dari pengaruh media sosial yang dibina olehnya sejak dahulu dengan menyebarkan maklumat salah dan memutarbelitkan sejarah untuk menafikan tuduhan yang dibuat ke atas keluarga Marcos.
Kumpulan anti-Marcos, terutamanya penyokong keluarga bekas presiden Aquino, telah mengkritik Marcos dan keluarganya kerana menyelewengkan sejarah dengan tujuan untuk membersihkan dosa bapanya yang melakukan kekejaman dan ketamakan sepanjang berkuasa.
Kini, dengan masalah rasuah, ekonomi, politik yang tidak stabil dan jurang sosial yang semakin mendalam. Ia membuka ruang kepada Marcos untuk menjual mimpi zaman kegemilangan Filipina di bawah pemerintahan bapanya dan dengan mudah memenangi pilihanraya serta mengembalikan keluarganya ke puncak kuasa Filipina.
Kerajaan Filipina dapat kebenaran untuk masukkan Sabah ke dalam peta. Rujuk pautan di bawah untuk membaca.
Kerajaan Filipina Dapat Kebenaran Untuk Masukkan Sabah Ke Dalam Peta
Filipina Tak Terima Sijil Vaksin MySejahtera, 15 Pengembara Dari Malaysia Terkandas Di Manila
Presiden Filipina Arah Polis Tembak Mati Mereka Yang Langgar Perintah ‘Lockdown’