Seorang anak kecewa apabila mendakwa ibunya menjadi mangsa penipuan apabila membeli seluar ‘kesihatan’ yang berharga RM800 daripada rakannya.

Selain didakwa mudah terpedaya dengan rakan, warga emas terbabit juga sering kali menjadi sasaran sindiket penipuan MLM mahupun pelaburan atas angin.

Menurutnya, ibunya membeli seluar berkenaan menerusi pemasaran pelbagai  aras (MLM) selepas dimaklumkan mengenai kebaikannya.

Sumber Gambar: X

Perkara itu dikongsikan, Musytaq Ashari menerusi hantaran di X sehingga ia tular baru-baru ini.

“Rasa nak marah bila dengar mak beli seluar ‘kesihatan’ berharga RM800 sehelai. Kawan dia promosikan suruh beli dan sertai kumpulan kemudian kena cari tiga orang lagi untuk masuk.

“Setahu saya, ini MLM dan maklumkan yang ia tak munasabah. Saya macam bingung kejap apabila diberitahu seluar untuk kesihatan. Benang seluar ini diperbuat daripada panadol ke?

“Hasil duit mak ini meniaga laksa tepi jalan, bukan senang nak dapat RM800 dan bagi saya teramat mahal untuk sehelai seluar yang saya tengok macam seluar ‘tight’ sahaja,” katanya.

Mengulas lanjut, Musytaq berkata, walaupun sudah dimaklumkan bahawa ia adalah sistem MLM, namun ibunya tetap bertegas tentang manfaat produk berkenaan.

“Ibu cuma balas, kita boleh cari duit poket dengan ini.

“Orang-orang tua mereka boleh la mahu tipu,” ujarnya.

Hantaran lelaki itu telah meraih perhatian netizen dan ramai sangat memahami akan situasi dia kerana ibu bapa mereka juga terjebak dengan perkara itu.

Sumber Gambar: Mstar

Lebih teruk lagi, mereka juga tidak mahu mendengar nasihat malahan kekal membeli produk kesihatan yang dijual oleh rakan-rakannya.

Sumber