Rakyat Malaysia terkenal dengan budaya makan sehingga ke peringkat, ada orang yang sanggup melancong ke satu tempat semata-mata untuk makan.

Permintaan yang tinggi terhadap makanan menyebabkan wujudnya ramai pengusaha makanan dan F&B yang mengambil kesempatan ini memberikan pengalaman berbeza pada hidangan dan dalam masa sama menjana pendapatan.

HYPE
Dari Konten Ke Jualan, TikTok Shop ‘Game Changer’ E-Dagang
Baca lagi →

Dalam konteks perniagaan makanan, apabila kita lihat dalam aspek perniagaan, majoriti pengusaha makanan dan F&B di Malaysia khususnya yang berniaga secara kecil-kecilan akan hadapi 3 masalah ini iaitu:

1. Renyah buat kiraan ramuan makanan.

Proses membuat kiraan ramuan makanan ini bersifat berulang (harian/mingguan) dan acap kali berlaku ‘human error’ dalam proses kiraan ini. Proses ini bahkan lebih menyukarkan pengusaha makanan dan F&B yang tidak ramai pekerja.

2. Perubahan harga barang (sukar nak kemaskini).

Kita sedia maklum yang perubahan harga barang bersifat dinamik hampir setiap minggu. Majoriti pengusaha makanan dan F&B tidak sempat nak kemaskini harga terkini barang mentah di pasaran dan mereka hanya kemaskini harga barang mentah berdasarkan resit bayaran lalu.

3. Kesilapan dalam meletakkan harga jualan makanan

Kesannya, ramai pengusaha makanan dan F&B meletakkan harga jualan makanan yang tidak tepat dengan kos yang mereka keluarkan. Impaknya, ini secara langsung menjejaskan margin keuntungan perniagaan makanan mereka. Dan ini antara punca ramia pengusaha makanan dan F&B menghadapi satu situasi di mana, jualan banyak, untung tiada. Kenapa ini berlaku?

Ini kerana, pengusaha makanan dan F&B hanya ‘agak-agak’ tanpa meletakkan harga makanan yang tepat dengan margin mereka tanpa sebarang ilmu dan formula yang konkrit.

Faktor kedua, mereka tidak tahu formula tepat untuk kira untung jualan makanan mereka.

“Tahukah anda, setiap resepi makanan mempunyai formula kiraan untung jualan makanan yang berbeza, bergantung kepada margin yang anda inginkan dan harga barang mentah pasaran.”

Solusi Pengusaha Makanan Dan F&B

Disebabkan itulah, sistem KiraUntung dibangunkan oleh Amirul Mu’min dari Kuantan, Pahang pada tahun 2023 yang lalu, hasil pengalaman keluarganya yang menjalankan perniagaan mee sanggul. Apa yang lebih mengejutkan adalah, mereka turut menghadapi masalah kira untung jualan makanan di peringkat awal perniagaan sama seperti pengusaha makanan dan F&B yang lain!

Sistem KiraUntung ini dicipta untuk pengusaha makanan (non-tech savvy) dan bukan untuk web developer tanpa perlu download sebarang aplikasi dan dibangunkan supaya semua pekerja pengusaha makanan, boleh gunakan sistem ini.

Semua pengguna sistem KiraUntung boleh dapat harga jualan makanan mereka dengan formula peratus yang tepat 100% sepantas 15 minit sahaja.

Pengguna hanya perlu kemaskini resepi mereka dengan memasukkan kos bahan, jumlah bahan (gram/kilogram) dan akhirnya margin keuntungan yang diinginkan seperti 30% atau 50%.

Apa yang menarik adalah, sistem KiraUntung mengambil masa 60 hari untuk dibangunkan dan kini digunakan lebih 300+ pengusaha makanan di seluruh Malaysia.

Antara pengguna KiraUntung adalah:
Josi
Dinda
AF Bistro
Beriani & Salai
The Mix Project
Warung Cengkih
Nasi Kukus Maleq
Imanee Cove Cafe
Jiwanis Food Industries
Mee Bandung Tulang Rusuk

Jika anda seorang pengusaha makanan dan F&B yang hadapi masalah untuk dapatkan kiraan untung jualan makanan, anda boleh cuba langggan KiraUntung di kirauntung.my