Dunia yang kita diami buat sementara waktu ini bukan sahaja menjadi tempat tinggal makhluk yang boleh dinampak, bahkan ia menjadi tempat tinggal makhluk yang tidak boleh dilihat dengan mata kasar.
Baru-baru ini tular dua video rakaman CCTV di mana pemilik rumah terkejut apabila mendapati berlaku kejadian paranormal semasa meninggalkan rumah pulang ke kampung sempena Hari Raya Aidiladha baru-baru ini.
Baca Juga:
- Terima ‘Penumpang’ Misteri Dan Tinggalkan Duit Lama, Pengalaman Pemandu Ini Buat Netizen Seram
- Kehadiran ‘Sosok’ Misteri Berjubah Hitam Di Hari Pertabalan Raja Charles III Jadi Tanda Tanya Netizen
- Entiti Misteri Dirakam Bertenggek Atas Lori Sampah Jadi Bualan Netizen
Menerusi dua video yang dimuat naik Twitter @terbang.md terdapat dua aktiviti paranormal berlaku pada almari-almari yang ada di dalam rumah tersebut.
Group whatsapp taman rumah aku tengah kecoh sekarang ni ada org share video cctv masa dia balik kampung raya haji haritu. Korang try tengok bapak scary anak patung tu. Sebab tu lah aku tak suka dengan anak patung ni. pic.twitter.com/GsRduqOvXy
— deen.md (@terbangmd) July 6, 2023
Pertama, kepala anak patung yang berada di dalam almari di ruang tamu tiba-tiba berpusing menoleh ke arah kanan dengan sendirinya, seolah-olah memandang ke arah kamera CCTV.
Kedua, terdapat satu kelibat hitam muncul pada cermin kabinet almari yang berada di kawasan ruang makan. Rupa paras entiti itu seperti seorang wanita berambut panjang.
Yang pelik diaorang cari anak patung dkt situ xde. Aku syak owner rumah ada bela something, xpon sejenis tumpang.
— deen.md (@terbangmd) July 6, 2023
Tambah ciapan @terbang.md lagi, anak patung yang bergerak itu hilang daripada almari semasa mencarinya.
Perkongsian video itu mendapat pelbagai reaksi netizen, ramai berasa seram dan naik bulu roma apabila melihat kedua-dua video tersebut.
Anda boleh reaksi-reaksi yang dikongsikan netizen di bawah. Ada yang pernah terkena situasi paranormal seperti ini lebih-lebih lagi melibatkan anak patung.
Tanya pekerja pasaraya yang ada patung peragaan baju , waktu malam dah tutup nak balik kalau nasib tak baik, patung itu macam gerak. Sebab itu ada pasaraya sekarang, pakai patung tak lengkap bentuk.
— Sauffie (@Sauffie_84) July 6, 2023
https://twitter.com/ajkhldsh/status/1677098361655263232?s=20
Sebab tu ade ustaz cakap kalau ade patung kat rumah untuk anak main lasak2 boleh. Tapi bila dia dah tak nak main baik buang/bakar. Jangan jadikan hiasan, sebsb jin suka masuk dalam fizikal patung. Atau kalau nak main sekalipun, cacatkan anggota patung tu
— Mohamad Syafiq (@syaf_iqzakaria) July 7, 2023
Kejadian yg sama last year lepas dari ni mmg suruh husband cabut plug. Dah ler aku suka masak pepagi 🫣🫣 pic.twitter.com/IkV77Rwqha
— FiraGujiwa🇲🇾🇲🇾 (@gujiwa) July 6, 2023