Daniel Sancho, anak kepada pelakon terkenal Sepanyol Rodolfo Sancho, dipenjara seumur hidup oleh mahkamah Thailand pada Khamis, 29 Ogos, kerana melakukan pembunuhan kejam dan mencacatkan mayat seorang lelaki Colombia di pulau Koh Phangan pada 2023.

Daniel pada mulanya dijangka akan menerima hukuman mati, tetapi hukuman itu kemudiannya dikurangkan kepada penjara seumur hidup.

Mahkamah turut memerintahkan Daniel membayar pampasan kepada keluarga mangsa sebanyak 4.42 juta baht bersama kira-kira RM2 juta.

Daniel Sancho mengaku bersalah atas tuduhan menyembunyikan mayat mangsa, namun menafikan pembunuhan itu dilakukan dengan sengaja.

Sepanjang prosiding mahkamah, beliau menegaskan bahawa situasi tidak sengaja terjadi dalam usaha untuk mempertahankan diri.

Namun, bukti yang dikemukakan menunjukkan kezaliman yang sukar diterima masyarakat.

Kes ini menarik perhatian antarabangsa bukan sahaja kerana latar belakang Daniel sebagai anak kepada selebriti, tetapi juga kerana kekejaman jenayah yang dilakukan.

Menurut laporan, Daniel telah mengerat mayat mangsa sebelum menyembunyikan mayat itu.

Mahkamah pada mulanya menganggap bahawa perbuatan ini sebagai jenayah yang patut dihukum mati, namun selepas mengambil kira beberapa faktor, hukuman dikurangkan kepada penjara seumur hidup.

Dalam keputusannya, mahkamah menegaskan walaupun pembunuhan didakwa berlaku atas tindakan mempertahankan diri.

bagaimanapun cara Daniel mengendalikan mayat mangsa menunjukkan bahawa beliau mempunyai niat jahat dipersoalkan orang ramau.

Hukuman yang dijatuhkan kepada Daniel Sancho telah menimbulkan pelbagai reaksi terutama di Sepanyol dan Colombia.

Fakta Kes

Menurut laporan BBC, kejadian ngeri ini terjadi pada awal Ogos tahun lalu apabila polis menemui bahagian tubuh pakar bedah, Arrieta di sebuah tapak pelupusan sampah di Koh Phangan.

Pada masa yang sama, Sancho, yang juga merupakan cucu kepada pelakon terkenal Sepanyol, Félix Ángel Sancho Gracia, pergi ke balai polis untuk melaporkan kehilangan Arrieta yang ketika itu berusia 44 tahun.

Setelah siasatan lanjut dijalankan, Sancho mengaku bertanggungjawab atas pembunuhan Arrieta.

Media tempatan di Thailand melaporkan bahawa siasatan menunjukkan Sancho telah membeli pisau, sarung tangan getah, dan cecair pencuci – yang membawa kepada kesimpulan siasatan bahawa pembunuhan ini telah dirancang rapi.

Sancho kemudian membawa polis ke tujuh lokasi di sekitar pulau untuk menunjukkan lokasi mayat Arrieta yang telah dipotong-potong dalam beg plastik dibuang.

Difahamkan bahawa hubungan mangsa dan suspek bermula apabila Sancho dan Arrieta bersetuju untuk bertemu setelah berkenalan secara dalam talian.

Namun, pertemuan tersebut berakhir dengan pembunuhan kejam.

Pihak pembelaan berusaha mempertahankan tindakan Sancho dengan alasan bahawa dia bertindak dalam keadaan mempertahankan diri setelah Arrieta didakwa cuba memaksanya untuk melakukan hubungan seks.

Sancho, dalam kenyataan yang disiarkan oleh akhbar Sepanyol, El Mundo, mendakwa bahawa Arrieta “cuba merogolnya.”

Untuk rekod, Sancho, yang berasal dari keluarga pelakon, menjadi tumpuan media antarabangsa berikutan kes ini.

Ibunya, Silvia Bronchalo, merupakan seorang pelakon terkenal, manakala datuknya ialah pelakon Sepanyol yang telah meninggal dunia, Félix Ángel Sancho Gracia.