Permainan dalam talian atau online game mempunyai pro dan kontra kepada pemainnya. Jika tidak dikawal dengan akal dan membiarkan online game tersebut mengawal emosi, ia boleh menyebabkan pemain membuat keputusan melulu.

Baru-baru ini tular satu video menunjukkan seorang remaja perempuan menangis ditenangkan oleh seorang wanita di sebuah lapangan terbang setelah gagal meneruskan perjalanan untuk berjumpa teman lelaki yang dikenalinya menerusi online game.

Menurut laman portal Tribun News, remaja perempuan tersebut nekad mahu menaiki kapal terbang dari Jambi ke Jakarta Barat untuk berjumpa dengan teman lelaki yang dikenali melalui permainan online game Free Fire selama tiga tahun. Lebih mengejutkan lagi, remaja perempuan itu sanggup menjual motosikal milik ayahnya bagi menampung kos tiket penerbanganya.

Namun perkara sebaliknya berlaku pada hari kejadian apabila teman lelakinya itu tidak mahu berjumpa dengan remaja perempuan tersebut, lalu menyebabkan dia ‘terkandas’ di lapangan terbang keseorangan.

Menurut Pengurus Besar Eksekutif Lapangan Terbang Sultan Thaha Jambi, Agus Supriyanto, pihaknya segera membatalkan urusan penerbangan remaja perempuan tersebut sejurus mengetahui perkara tersebut.

Menurut wanita berbaju kuning yang dikenali sebagai Monica, remaja perempuan tersebut menerangkan kepada Monica yang dia nekad mahu berjumpa teman lelakinya buat kali pertama dan mahu memberikan wang sebanyak 20 juta rupiah (RM5,780) kepada lelaki tersebut.

Namun ekoran teman lelakinya tidak mahu berjumpa dengannya, dia menjadi bingung seorang diri di lapangan terbang sebelum ahli keluarganya datang menjemputnya pulang setelah dimaklumkan mengenai perkara tersebut oleh pihak berkuasa lapangan terbang.

Sementara itu ada seorang remaja perempuan mengamuk apabila teman lelakinya hanya membelikan telefon jenama Vivo bukan iPhone.

Tular Video Wanita Paksa Teman Lelaki Belikan iPhone, Tak Mahu Telefon Jenama Vivo

Lihat Bagaimana 30 Bomoh Di Indonesia Serang Israel Guna Sihir Dan Roket Ghaib

Nasihat Jangan Jadi Seperti Malaysia, Rakyat Indonesia Tenang Rempuh Sekatan Untuk Balik Raya

Sumber