Setelah berjaya membenam Indonesia dengan jaringan tunggal Thanabalan, Malaysia berjaya melangkah ke peringkat final dan akan bertemu Thailand di perlawanan final bola sepak Sukan SEA. Ianya satu pencapaian yang membanggakan dan pastinya para penyokong setia Harimau Malaya tidak mahu melepaskan peluang untuk menonton perlawanan final ini di stadium.

Masalah mula timbul apabila diumumkan bahawa tiada tiket yang akan dijual secara atas talian dan hanya akan dijual di kaunter stadium sahaja. Ianya satu berita yang mengecewakan banyak pihak terutamanya peminat yang duduk di luar lembah Klang. Mereka terpaksa turun ke Shah Alam semata-mata untuk membeli tiket. Peminat sudah pun mula berbaris sejak jam 2 pagi lagi; walhal kaunter hanya akan dibuka pada jam 10 pagi.

Menjelang siang, barisan pun semakin panjang sehingga di luar jangka. Setelah kaunter dibuka, hanya beberapa detik sahaja ianya dijual secara aman dan kemudiannya bertukar ganas. Ianya berpunca dari beberapa individu yang mula potong barisan dan menyebabkan orang ramai tidak berpuas hati dan hasilnya, barisan yang kemas menjadi kucar kacir.

Persoalan di sini, siapakah yang perlu dipersalahkan? Menteri Belia & Sukan, Khairy Jamaluddin menerangkan di Twitter bahawa langkah penjualan semua tiket di kaunter adalah sebagai langkah berjaga-jaga kerana laman tiket atas talian mungkin tidak dapat berfungsi dengan baik.

Ianya satu langkah berjaga-jaga daripada Khairy Jamaluddin supaya penonton tidak menghadapi masalah duit ditelan tetapi tiket tidak dapat. Ini satu masalah. Ada lagi satu masalah. Ulat tiket.

Tular pula di Facebook tentang orang yang sudah berjaya membeli tiket dan menjualnya dengan harga berlipat kali ganda. Ada yang resell kembali tiket mereka sehingga 8 kali ganda harga tiket asal! Belum lagi gambar yang dapat tiket ‘sekepok’ dalam genggaman.

Pundek tiket

rizki

tiket 1

Persoalan utama di sini adalah bagaimana ada individu yang mendapat sebegitu banyak tiket? Ianya memang satu peluang bisnes tetapi mereka sebenarnya sudah menutup peluang peminat sebenar yang mahu menonton di stadium. Kemudian jual RM150 per tiket dengan alasan beratur dari 2 pagi dan mark-up itu sebenarnya upah kerana penat beratur. Itu belum kira yang dapat tiket dari ‘kroni’ dan jualnya kembali kepada orang ramai.

Ultras Malaya yang tidak pernah berhenti memberi sokongan dan semangat kepada pasukan Harima Malaya dari perlawanan pertama hingga ke semi final telah membuat keputusan untuk tidak membuat sorakan ketika perlawanan final kerana ingin membuat protes kepada ulat-ulat tiket yang berleluasa ini.

Tindakan ini juga adalah solidariti Ultras Malaya buat penyokong yang datang dari jauh yang bersusah payah dan berhempas pulas untuk mendapatkan tiket tetapi tidak dapat memperolehinya kerana kelemahan sistem penjualan tiket dari pihak penganjur.

Kelemahan sistem jualan tiket ini bukan kali pertama berlaku dan rasanya sampai bila-bila pun tak akan settle selagi pihak yang berwajib tidak mencari solusi untuk perkara ini. Takkanlah sampai TN50 kita masih perlu beratur di stadium untuk membeli tiket? Kalau hendak jual tiket bola pun kita tak reti, bagaimana hendak capai status negara maju?

Buat yang bersedih beratur tetapi tiada hasil semalam, jangan kecewa kerana anda tidak berseorangan. Show must go on dan kita pun tetap boleh memberi sokongan kepada pasukan Harimau Malaya menerusi television. Kalau nak rasa kemeriahan hampir sama seperti di stadium, esok lepak dan tonton perlawanan di kedai mamak. Siap boleh layan game sambil hirup teh O’ panas lagi.

Satu cara untuk ‘bunuh’ ulat tiket ini adalah jangan beli tiket mereka. Biarlah mereka mereput dengan tiket yang berkepuk di tangan tu. Apa pun, selamat berjuang Harimau Malaya. Satu Malaysia bersama kamu. Garuda sudah tersungkur, mari kita tumpaskan pula sang gajah!